• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, June 4, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Opcom Ambil Alih 49 Peratus Kepentingan Dalam Transgrid Ventures Pada Harga RM98 Juta, Teroka Perniagaan Kuasa

in Catalyst
A A
Opcom Ambil Alih 49 Peratus Kepentingan Dalam Transgrid Ventures Pada Harga RM98 Juta, Teroka Perniagaan Kuasa
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) — Opcom Holdings Bhd telah menandatangani perjanjian penjualan saham dengan vendor Datin Sri Saraswathy Manikum untuk membeli 5.39 juta saham biasa dalam Transgrid Ventures Sdn Bhd (TVSB) dengan harga RM98 juta yang dibayar dalam bentuk saham dan tunai.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Opcom berkata cadangan pengambilalihan itu melibatkan 49 peratus kepentingan dalam TVSB dan ia berhasrat untuk mempelbagaikan aktiviti perniagaannya termasuk penjanaan dan penghantaran kuasa, serta perniagaan berkaitan kuasa.

Opcom dan anak syarikatnya terlibat terutamanya dalam pembuatan kabel gentian optik dan produk berkaitan kabel serta penyelesaian infrastruktur rangkaian telekomunikasi pada masa ini, kata makluman itu.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

TVSB dan anak syarikatnya pula terlibat dalam bidang kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) penghantaran kuasa dan perniagaan berkaitan kuasa.

Kumpulan Transgrid akan menjadi syarikat bersekutu Opcom berikutan cadangan pengambilalihan itu, dan perniagaan penjanaan dan penghantaran kuasa akan menjadi sebahagian daripada aktiviti kumpulan Opcom yang diperbesarkan.

Ini termasuk EPCC, infrastruktur pengedaran pencawang, pengurusan projek, perundingan kejuruteraan penghantaran kuasa, dan perdagangan produk berkaitan biojisim.

Lembaga Pengarah Opcom berkata pasaran infrastruktur kuasa mempunyai “prospek pertumbuhan yang baik, memandangkan prospeknya yang menggalakkan” dan cadangan pengambilalihan itu adalah “peluang yang baik” bagi phaknya memanfaatkan pasaran infrastruktur kuasa yang semakin berkembang.

Tanpa mengambil kira keadaan yang tidak dijangka dan tertakluk kepada kelulusan, cadangan itu dijangka dimuktamadkan pada suku keempat 2023.

Pada rehat tengah hari, saham Opcom susut 0.63 peratus kepada 79 sen dengan 490,600 saham diurus niaga.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiafiberOpcompembuatanpengambilalihantelekomunikasiTVSB
Share276ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In