• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, August 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

KGW Group Buat Kemunculan Pertama Di Pasaran Ace Pada Harga 23 Sen

in Catalyst
A A
10 Perkara Anda Kena Tahu Sebelum Memohon IPO KGW Group Berhad
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KGW GROUP BUAT KEMUNCULAN PERTAMA DI PASARAN ACE PADA HARGA 23 SEN

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) — KGW Group Bhd, penyedia perkhidmatan logistik membuat penampilan sulungnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini pada harga 23 sen dengan premium dua sen daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 21 sen.

Ketika loceng pembukaan, sejumlah 13.86 juta saham telah diniagakan.

Pengarah Urusan KGW Group Datuk Roger Wong berkata kumpulan itu mengumpul sejumlah RM16.73 juta melalui IPO, yang mana RM10 juta daripada hasil itu diperuntukkan untuk membayar balik pinjaman bank berhubung pembelian bangunan pejabat tiga tingkat pegangan bebas dengan gudang tambahan dua tingkat yang terletak di Glenmarie, Shah Alam.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Sebanyak RM2 juta diperuntukkan untuk pengubahsuaian gudang, RM0.73 juta daripada kutipan akan digunakan untuk tujuan modal kerja manakala baki RM4 juta diperuntukkan untuk perbelanjaan penyenaraian,” katanya pada sidang media secara maya selepas majlis penyenaraian hari ini.

Pada masa hadapan, beliau berkata syarikat itu merancang untuk mengembangkan perniagaannya di pasaran geografi lain selain daripada kedudukan kukuhnya di pasaran Amerika Syarikat (AS) dan mengembangkan jabatan jualan dan pemasaran dengan mempunyai pasukan pembangunan perniagaan antarabangsa sebagai salah satu strategi utama dalam pengembangannya.

“Kami akan menempatkan semula ke gudang baharu kami, jadi sebaik sahaja kami berpindah ke gudang ini, kami akan dapat memusatkan perniagaan kami dan akan dapat mengembangkan bilangan pekerja kami terutamanya dalam jualan dan pemasaran dan juga dalam pembangunan perniagaan antarabangsa.

“Kami akan terus memberi tumpuan kepada perniagaan pergudangan dan pengedaran produk penjagaan kesihatan dengan menyasarkan peniaga tempatan untuk menyelaraskan operasi mereka dan mengurangkan kos,” katanya.

Menurut laporan penyelidikan pasaran bebas dalam prospektus KGW, kumpulan itu menjana pendapatan sebanyak RM228 juta hasil penglibatannya dalam industri logistik Malaysia, bersamaan dengan 0.37 peratus daripada jumlah saiz pasaran industri logistik di Malaysia yang berjumlah RM62.20 bilion pada 2022.

Laporan itu menyatakan industri logistik Malaysia diunjurkan mencecah RM66.25 bilion pada 2023 dan berkembang kepada RM87.57 bilion pada 2027.

Mengulas mengenai perkara itu, Wong optimis mengenai prospek tersebut dan melihat banyak ruang untuk syarikatnya berkembang dalam sektor logistik.

KGW disokong oleh tiga anak syarikat, iaitu KGW Logistics (M) Sdn Bhd, Mattroy Logistics (Malaysia) Sdn Bhd dan KGW Medica Sdn Bhd.

KGW Logistics memfokuskan penghantaran kargo perkapalan ke dan dari AS, yang merupakan pasaran terbesar KGW manakala Mattroy Logistics mengendalikan penghantaran ke dan dari kawasan-kawasan lain di dunia.

Sementara itu, KGW Medica memiliki kepakaran dalam pergudangan dan pengedaran produk serta peranti berkaitan penjagaan kesihatan.

— BERNAMA

Tags: kgw
Share236ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

1 year ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

1 year ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

1 year ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In