• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Kegiatan Membeli Saham Wajaran Tinggi Terpilih Dorong Bursa Malaysia Dibuka Bercampur-Campur

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) — Aktiviti jualan membabitkan saham wajaran tinggi terpilih menyaksikan Bursa Malaysia diniagakan bercampur-campur pagi ini walaupun Wall Street mempamerkan aliran menaik semalaman di tengah-tengah sentimen pasaran serantau yang positif

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.75 mata kepada 1,458.68 daripada 1,459.43 pada penutup Isnin.

Indeks utama dibuka pada paras 1,458.90, turun 0.53 mata.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran lebih positif menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 166 berbalas 160, manakala 289 kaunter tidak berubah, 1,650 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 338.17 juta unit bernilai RM113.23 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata ia merupakan satu lagi hari positif di Wall Street di tengah-tengah sesi dagangan yang agak lengang kerana peniaga masih menantikan keputusan pendapatan syarikat teknologi besar dan data pekerjaan bagi bulan Julai pada Jumaat ini.

Purata Indeks Dow Jones melonjak 100 mata, manakala Nasdaq menambah 29 mata dengan hasil 10 tahun AS kekal mendatar pada 3.967 peratus.

Sementara itu, beliau berkata kemungkinan terdapatnya langkah tambahan untuk meningkatkan perbelanjaan pengguna kerana sektor swasta diunjur menjadi enjin utama untuk merangsangkan ekonomi.

Di pasaran tempatan, FBM KLCI menunjukkan prestasi kukuh selepas ia berakhir pada paras tertinggi lima bulan semalam.

“Untuk hari ini, kami percaya memandangkan indeks masih belum mencapai paras tertinggi tahun ini, kami menjangkakan indeks utama akan berlegar dalam julat 1,455-1,470.

“Walaupun saham perladangan mungkin mengalami beberapa halangan berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) yang lebih lemah semalaman, kami berpendapat kegiatan pembelian mungkin beralih semula ke kaunter berkaitan tenaga dan telekomunikasi hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah dua sen kepada RM9.04, Public Bank meraih satu sen untuk mencatatkan harga RM4.18 manakala CIMB turun tiga sen menjadi RM5.52, Petronas Chemicals lebih rendah lima sen kepada RM6.90 dan Tenaga Nasional lemah dua sen pada RM9.58.

Bagi saham aktif, KGW dan SWS Capital masing-masing mengukuh 2.5 sen kepada 23.5 sen dan 32.5 sen manakala Sapura Energy dan Sarawak Consolidated memperoleh setengah sen masing-masing mencatatkan 4.0 sen dan 44 sen.

Komarkcorp pula tidak berubah pada 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 1.86 mata menjadi 10,701.42, Indeks FBMT 100 susut 2.0 mata untuk mencatatkan paras 10,390.88 dan Indeks FBM Emas Syariah menguncup 5.88 mata kepada 10,946.84.

Indeks FBM ACE pula susut 23.94 mata kepada 5,306.19, manakala Indeks FBM 70 meningkat 11.41 mata kepada 13,961.0,

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 17.33 mata kepada 7,163.10, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.49 mata kepada 168.22.

Indeks Perkhidmatan Kewangan memperoleh 7.99 mata kepada 16,282.04, dan Indeks Tenaga meningkat 3.97 mata kepada 834.12.

— BERNAMA

Tags: pembukaanTAG: Bursa MalaysiaUS Wall Street
Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In