• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih rendah berbanding peningkatan semalam, diasak oleh aktiviti pengambilan untung walaupun Wall Street mencatat prestasi semalaman yang kurang memberangsangkan.

Pada 9.10 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.17 mata kepada 1,447.10 daripada 1,451.27 pada akhir dagangan semalam.

Indeks petunjuk utama itu dibuka susut 3.06 mata kepada 1,448.21.

Pasaran secara meluas juga negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 214 berbanding 138 manakala 248 kaunter lain tidak berubah; 1,705 tidak diniagakan dan 71 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 286.57 juta unit bernilai RM128.95 juta. 

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng memberitahu Bernama, peniaga kekal optimis terhadap ekonomi Amerika Syarikat (AS) selepas keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara itu naik sebanyak 2.4 peratus pada suku kedua 2023 yang juga pertumbuhan ekonomi bagi suku keempat berturut-turut.

Di Malaysia, beliau sebaliknya percaya saham perbankan akan kekal menjadi pilihan dan langkah kerajaan membenarkan dagangan secara pecahan atau dalam lot lebih kecil, diunjur meningkatkan minat terhadap saham mewah dan turut meningkatkan prospek pasaran di masa depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengumumkan bahawa kerajaan membenarkan pengurangan saiz lot dagangan di Bursa Malaysia dengan membolehkan dagangan saham secara pecahan oleh pelabur dalam usaha meningkatkan semula pasaran dagangan Malaysia.

Thong berkata, perkembangan itu dijangka mendorong indeks utama mencatat satu lagi prestasi memberangsangkan hari ini dan bergerak dalam jajaran 1,445-1,460.

Selain itu, saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik satu sen kepada RM9.00 manakala Public Bank dan CIMB turun empat sen masing-masing kepada RM4.07 dan RM5.46, Tenaga Nasional berkurangan enam sen kepada RM9.54 sen dan Petronas Chemicals naik lima sen kepada RM6.76.

Bagi saham aktif, Capital A meraih empat sen kepada RM9.55; Tanco Holdings naik setengah sen kepada 56.5 sen, AirAsia X menambah 18 sen kepada RM2.51 dan GDB Holdings untung 1.5 sen kepada 22.5 sen manakala Hong Seng Consolidated turun setengah sen kepada lapan sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM 70 naik 19.69 mata kepada 13,971.41 manakala Indeks FBM Emas turun 19.51 mata kepada 10,641.87; Indeks FBMT 100 turun 19.05 mata kepada 10,330.10; Indeks FBM Emas Shariah merosot 3.44 mata kepada 10,926.02 dan Indeks FBM ACE berkurangan 32.98 mata kepada 5,298.56.

Bagi sektor pula, Indeks Perladangan naik 0.87 mata kepada 7,206.42; Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 56.88 mata kepada 16,108.00, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.44 mata kepada 166.66 manakala Indeks Tenaga susut 0.18 mata kepada 836.51.

— BERNAMA

Tags: Bursa Malaysiasesi awalWall Street
Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In