• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

FBM KLCI Meningkat Sedikit Pada Sesi Dagangan Awal

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) — Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatat peningkatan kecil pada awal dagangan Jumaat, didorong oleh kelemahan semalaman Wall  Street dan di tengah-tengah reaksi bercampur-campur terhadap pelaporan prestasi korporat, kata peniaga.

Pada 9.10 pagi ini, indeks FBM KLCI menokok 1.59 mata kepada 1,408.28 daripada 1,406.69 pada akhir dagangan semalam.

Indeks tersebut dibuka mengukuh 0.79 mata kepada 1,407.48.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Sentimen pasaran secara meluas adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 195 berbanding 130 manakala 269 kaunter tidak berubah, 1,700 tidak diniagakan dan 14 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 264.25 juta unit bernilai RM117.65 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata bursa tempatan itu dijangkakan menyaksikan aktiviti memburu saham-saham berharga rendah hari ini dengan minat tertumpu kepada saham telekomunikasi yang mencatat prestasi kurang memberangsangkan.

“Pada masa sama, kami percaya sentimen serantau akan kekal berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat pada minggu depan yang akan menjadikan satu lagi hari dagangan yang suram,” katanya kepada Bernama.

Berikutan itu, beliau menjangkakan dagangan indeks petunjuk utama itu bergerak dalam jajaran 1,400 dan 1,410 hari ini.

Selain itu, Thong berkata sektor perladangan mungkin menarik tumpuan minat belian berikutan lonjakan harga minyak sawit mentah ke paras tertinggi dalam tempoh empat bulan iaitu melebihi RM4,000 satu tan.

Saham wajaran tinggi pula menyaksikan Maybank dan Public Bank masing-masing turun satu sen kepada RM8.79 dan RM3.96; CIMB naik dua sen kepada RM5.24 manakala Tenaga Nasional dan Petronas Chemicals menokok satu sen kepada RM9.08 dan RM6.51.

Bagi saham aktif, Classita meraih satu sen kepada 20 sen dan Destini menambah setengah sen kepada 8.5 sen; DC Healthcare tidak berubah pada 45 sen dan UEM Sunrise susut setengah sen kepada 44.5 sen.

Di papan indeks, prestasi Indeks FBM Emas naik 4.76 mata kepada 10,423.04, Indeks FBMT 100 meningkat 8.27 pada 10,107.71 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 5.70 mata kepada 10,727.35.

Selain itu, Indeks FBM 70 susut 2.05 mata kepada 13,902.60 dan Indeks FBM ACE merosot 24.82 mata kepada 5,356.05.

Mengikut sektor pula, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 3.80 mata kepada 15,678.64; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.27 mata kepada 163.17 dan Indeks Tenaga berkurangan 0.7 mata kepada 815.17 manakala Indeks Perladangan melonjak 67.21 mata kepada 7,039.27.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaRakuten Tradesesi awalThong Pak LengWall Street
Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In