• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Ambil Petunjuk Prestasi Kukuh Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit hari ini, mengambil petunjuk daripada trajektori menaik Wall Street semalaman, didorong data pendapatan korporat yang kukuh, kata seorang peniaga.

Pada 9.10 pagi, FBM KLCI naik 0.22 mata kepada 1,403.25 daripada 1,403.03 pada penutup Selasa. Indeks utama dibuka 1.54 mata lebih kukuh pada 1,404.57.

Bursa Malaysia dan anak-anak syarikatnya ditutup pada hari Rabu sempena cuti umum Awal Muharram.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas turut positif menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 215 berbalas 146, manakala 305 kaunter tidak berubah, 1,620 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 302.75 juta unit bernilai RM122.55 juta.

Bagaimanapun, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI dijangka kekal lembap untuk hari ini kerana pelabur kini menjangkakan satu lagi kenaikan kadar oleh Rizab Persekutuan minggu depan.

“Justeru, kami mengunjurkan indeks sekali lagi berlegar dalam julat 1,400-1,410 dalam situasi serantau yang bercampur-campur.

“Kami percaya beberapa aktiviti pengambilan untung terhadap saham perladangan mungkin muncul hari ini berikutan prestasi kukuh sektor berkenaan baru-baru ini dan harga minyak sawit mentah telah merosot kepada bawah RM3,900 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun tiga sen kepada RM8.79, Public Bank menambah satu sen menjadi RM3.97, CIMB dan Tenaga Nasional masing-masing tidak berubah untuk mencatatkan harga RM5.22 dan RM9.10 manakala IHH Healthcare susut dua sen kepada RM5.82.

Bagi saham aktif, Classita dan Tanco kekal pada 23 sen dan 56.5 sen, MST Golf yang baharu disenaraikan menyusut lapan sen menjadi 73 sen, SIAB menambah 1.5 sen kepada 15 sen dan UEM Sunrise lebih tinggi satu sen kepada 40 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 7.31 mata kepada 10,405.55, Indeks FBMT 100 mengembang 6.06 mata menjadi 10,084.70 dan Indeks FBM Emas Syariah memperoleh  7.35 mata kepada 10,701.36.

Indeks FBM 70 mengukuh  27.19 mata kepada 13,926.21 dan Indeks FBM ACE meningkat 7.56 mata kepada 5,373.12.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 2.24 mata kepada 15,667.52, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.09 mata menjadi 162.18, manakala Indeks Perladangan meningkat 23.91 mata kepada 6,945.55 dan Indeks Tenaga mengukuh 3.29 mata kepada 810.85.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiapembukaanRakuten TradeWall Street
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In