• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Prestasi Wall Street Turut Positif

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini, Dagangan Wall Street Turut Lemah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pada Selasa, mengambil petunjuk prestasi semalaman Wall Street yang positif.

Seorang peniaga berkata para pelabur terus optimistik Rizab Persekutuan mungkin kurang agresif dengan pelarasan kadar semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) minggu depan.

Pada 9.06 pagi, FBM KLCI naik 0.04 mata kepada 1,406.14 daripada 1,406.10 pada penutup Isnin.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Indeks utama mengukuh 1.44 mata untuk mencatatkan paras 1,407.54 ketika memulakan dagangan pagi ini.

Pergerakan harga di pasaran juga positif, menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 146 berbalas 144, manakala 255 kaunter tidak berubah, 1,741 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 237.03 juta unit bernilai RM81.68 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, FBM KLCI merosot kepada 1,406 berikutan kegiatan pengambilan untung selepas mempamerkan prestasi kukuh sejak beberapa hari lalu.

“Untuk hari ini, kami menjangkakan sentimen akan kekal berhati-hati sejajar pergerakan serantau yang mungkin bercampur-campur, sekali gus menjangkakan indeks akan berlegar dalam julat 1,400-1,410,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, beliau menambah harga minyak mentah turun disebabkan ekonomi China yang kurang menggalakkan dengan minyak mentah Brent, ditutup di bawah paras US$79 setong.

“Justeru, kita mungkin menyaksikan sektor minyak dan gas akan mengalami sedikit tekanan hari ini,” tambahnya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, IHH Healthcare menambah tiga sen kepada RM5.83, Public Bank dan CIMB masing-masing kekal pada RM3.99 dan RM5.29 manakala Maybank turun dua sen kepada RM8.83 dan Tenaga Nasional lemah satu sen untuk mencatatkan harga RM9.12. 

Bagi saham aktif, Classita Holdings mengukuh 2.5 sen kepada 25 sen, Advance Synergy menambah satu sen kepada 17.5 sen, UEM Sunrise menokok setengah sen kepada 39 sen manakala Tanco kekal pada 55.5 sen dan Ta Win rendah setengah sen kepada 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 1.78 mata kepada 10,416.84, Indeks FBMT 100 memperoleh 1.56 mata menjadi 10,096.77 manakala Indeks FBM 70 meraih 7.55 mata kepada 13,906.26.

Indeks FBM Emas Syariah mengembang 9.75 mata kepada 10,696.21 dan Indeks FBM ACE meningkat 4.77 mata kepada 5,339.41.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan kerugian 23.69 mata kepada 15,729.90 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.04 mata menjadi 161.52, manakala Indeks Perladangan mengukuh 26.28 mata kepada 6,905.10 dan Indeks Tenaga mengembang 1.13 mata kepada 813.62.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiapembukaanRakuten TradeThong Pak LengWall Street
Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In