• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut daripada kenaikan minggu lepas untuk dibuka rendah sedikit pada pagi urus niaga Isnin, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur pada Jumaat minggu lepas.

Pada 9.10 pagi, FBM KLCI turun 1.19 mata kepada 1,410.90 daripada 1,412.09 pada penutup Jumaat.

Indeks utama dibuka 0.32 mata lebih rendah pada 1,411.70.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bagaimanapun, pergerakan harga secara keseluruhan positif menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 163 berbalas 154, manakala 300 kaunter tidak berubah, 1,653 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 426.59 juta unit bernilai RM141.01 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FCM KLCI mencapai semula paras 1,400 dengan mudah minggu lepas, disokong oleh pembelian menyeluruh daripada kedua-dua institusi tempatan dan dana asing.

“Dengan mengandaikan pengumpulan sedemikian berkekalan, kami menjangkakan indeks  berada dalam aliran dalam julat 1,410-1,420 hari ini.

“Tumpuan akan diberikan kepada sektor telekomunikasi kerana ia masih berprestasi rendah dalam pasaran yang lebih luas,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank, Public Bank dan Tenaga Nasional masing-masing tidak berubah pada RM8.80, RM3.99 dan RM9.19 manakala CIMB turun dua sen menjadi RM5.28 dan IHH Healthcare menambah satu sen kepada RM5.85.

Bagi saham aktif, DC Healthcare yang baru disenaraikan melonjak 18.5 sen kepada 43.5 sen, Classita menokok 5.5 sen kepada 27 sen, IRIS kerugian satu sen menjadi sembilan sen sementara Tanco dan Advance Synergy kedua-duanya kekal pada 55 sen dan 15.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 6.99 mata kepada 10,425.13, Indeks FBMT 100 turun 8.06 mata menjadi 10,106.44, manakala Indeks FBM ACE meningkat 7.64 mata kepada 5,287.41.

Indeks FBM 70 susut 9.03 mata kepada 13,816.26 dan Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 6.38 mata kepada 10,702.95.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 0.32 mata untuk mencatatkan paras 15,734.90, Indeks Perladangan turun 7.64 mata kepada 6,890.48, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lebih rendah 0.18 mata menjadi 162.64 dan Indeks Tenaga turun 3.06 mata kepada 820.14.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiapembukaanRakuten TradeWall Street
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In