• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Bursa Malaysia Terus Mengukuh, Dibuka Tinggi Pagi Ini

in Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) — Minat belian baharu melibatkan saham wajaran tinggi terpilih, di tengah-tengah prestasi positif dalam kalangan bursa serantau lain mendorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini.

Pada 9.44 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 6.77 mata kepada 1,403.00 daripada 1,396.23 pada penutupan Khamis.

Indeks utama dibuka pada paras 1,399.53, meningkat 3.30 mata.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Pergerakan harga di pasaran juga positif menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 356 berbalas 185, manakala 315 kaunter tidak berubah, 1,401 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 801.82 juta unit bernilai RM279.81 juta.

Menurut Malacca Securities dalam nota penyelidikannya hari ini, pasaran tempatan dijangka terus pulih kerana dana asing kini telah bertukar kedudukan menjadi pembeli bersih sejak dua hari lepas.

“Saham berharga murah pula dilihat terus membina momentum pemulihan masing-masing, mengambil kesempatan daripada sentimen pasaran yang positif. Dengan tekanan inflasi yang semakin reda di Amerika Syarikat, pergerakan menaik boleh kekal dalam tempoh terdekat.

“Memandangkan prestasi semalaman Nasdaq yang begitu baik, kami terus memihak kepada sektor teknologi,” katanya.

Sementara itu, ia menambah harga minyak sawit mentah (MSM) yang lebih kukuh dan pemulihan permintaan dari India seharusnya meningkatkan sektor perladangan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank, Public Bank dan Tenaga Nasional masing-masing menambah 3.0 sen untuk mencatatkan harga RM8.76, RM3.95 dan RM9.13, CIMB melonjak 7.0 sen kepada RM5.27 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.77.

Bagi saham aktif, Classita menokok 2.0 sen kepada 16 sen, KNM Group lebih tinggi 1.0 sen menjadi 9.0 sen, Widad Group peroleh setengah sen kepada 42.5 sen dan Naim Holdings naik 6.0 sen kepada 90.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengembang 49.99 mata kepada 10,352.22, Indeks FBMT 100 meningkat 50.11 mata untuk mencatatkan paras 10,039.37 dan Indeks FBM ACE mengukuh 51.33 mata kepada 5,263.85,

Indeks FBM 70 pula menambah 75.38 mata kepada 13,680.35 manakala Indeks FBM Emas Syariah meningkat 36.15 mata kepada 10,620.08.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 104.53 mata kepada 15,649.69, Indeks Perladangan meningkat 2.52 mata menjadi 6,898.19 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian memperoleh 0.22 mata untuk mencatatkan 161.29, manakala Indeks Tenaga meraih 8.66 mata kepada 819.84.

— BERNAMA

Tags: Bursa Malaysiapembukaan
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

8 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

8 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

8 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In