• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Pesawat A321 Teleport Bolehkan Tawaran Khidmat Logistik Pada Harga Berpatutan – Tony

in Catalyst
A A
Pesawat A321 Teleport Bolehkan Tawaran Khidmat Logistik Pada Harga Berpatutan – Tony
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

SEPANG, 12 Julai (Bernama) — Teleport menyasar untuk menjadikan logistik mampu milik bagi semua pihak menerusi penambahan pesawat pengangkut Airbus 321 (A321F) pertama ke dalam kumpulan pesawatnya, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes.

Beliau berkata A321F akan membolehkan perkhidmatan logistik ditawarkan pada harga berpatutan dengan berkhidmat sebagai penyedia logistik udara sepenuhnya.

“Pesawat pengangkut Airbus 321 (A321F) Teleport menawarkan peluang besar untuk perniagaan kecil mengembangkan produk mereka,” katanya semasa majlis memperkenalkan pesawat A321F di sini, pada Rabu.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan majlis itu.

Hadir sama ialah Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan CEO Teleport, Pete Chareonwongsak.

Teleport diasaskan pada 2018 dengan menyatukan kapasiti muatan di dalam muatan pesawat penumpang yang tidak digunakan daripada semua syarikat penerbangan AirAsia di bawah satu rangkaian.

Sementara itu, Chareonwongsak berkata A321F akan memperkukuh rangkaian logistik udara terbesar Teleport di Asia Tenggara di samping memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada hab pengeluaran dan pembuatan utama yang pesat berkembang di rantau ini.

Beliau berkata Teleport menjangkakan kehadiran tiga lagi pesawat A321F menjelang akhir tahun ini dan sejumlah 10 pesawat pengangkut dalam tempoh 18 bulan akan datang.

“Bermula dengan syarikat pemula niaga yang kurang sempurna dan sederhana di Malaysia, setiap hari sebanyak 676 kakitangan Teleport di tujuh negara berusaha tanpa mengenal penat untuk menghantar lebih banyak barangan menerusi udara berbanding pihak lain di Asia Tenggara.

“Kami menyaksikan pertumbuhan kami semakin pesat sejak 24 bulan lepas, dengan kami telah meningkatkan skala sebuah syarikat yang menguntungkan dan berada di landasan untuk menjana perolehan tahunan sebanyak US$200 juta,” katanya. (US$1= RM4.65)

— BERNAMA

Tags: Airbusharga berpatutanLogistikTeleportTony Fernandes
Share270ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In