• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sebelum Kembali Meningkat, Dipacu Minat Belian

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) —  Bursa Malaysia dibuka rendah pada awal dagangan sebelum kembali meningkat, didorong oleh minat belian baharu berikutan harga saham yang lebih rendah di tengah-tengah sentimen pasaran tempatan yang berhati-hati, kata seorang peniaga.

Pada 9.17 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.81 mata kepada 1,381.48 daripada 1,377.67 pada penutup Jumaat.

Indeks utama dibuka 0.11 mata lebih rendah pada 1,377.56.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pasaran yang lebih luas turut positif, menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 185 berbalas 165, manakala 291 kaunter tidak berubah, 1,618 tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 275.21 juta unit bernilai RM141.91 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd menerusi catatan penyelidikannya, pelabur dijangka kekal berhati-hati sambil menantikan pengeluaran data kadar pengangguran Malaysia.

“Saham-saham berharga rendah mungkin menyaksikan konsolidasi selepas mempamerkan prestasi kukuh minggu lepas. Walaupun pemulihan masih berlaku, kami menjangkakan kenaikan harga mungkin terhad di tengah-tengah aktiviti pengambilan untung.

“Selain itu, kami mengunjurkan tumpuan akan beralih ke arah pendapatan korporat yang akan datang di AS. Bagi komoditi pula, minyak mentah Brent pulih melebihi paras US$78 setong, manakala harga minyak sawit mentah susut menghampiri paras RM3,800 satu tan,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan CIMB masing-masing tidak berubah pada paras RM8.67 dan RM5.16, Public Bank mengukuh 2.0 sen kepada RM3.87, IHH Healthcare menambah satu sen menjadi RM5.80 manakala TNB susut 1.0 sen kepada RM9.04.

Bagi saham aktif,  SkyWorld tidak berubah pada 80 sen, MyEG meningkat 3.5 sen kepada 75 sen, manakala Sarawak Consolidated turun setengah sen menjadi  46 sen dan RGB International berkurangan 1.0 sen kepada 37 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 26.01 mata kepada 10,192.49, Indeks FBMT 100 lebih tinggi 26.75 mata pada 9,887.07, Indeks FBM ACE meningkat 9.0 mata menjadi 5,148.87, Indeks FBM 70 naik 34.27 mata kepada 13,479.96 dan Indeks FBM Emas Syariah mengukuh 28.72 mata kepada 10,459.90.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan memperoleh 34.42 mata kepada 15,441.91, Indeks Tenaga meningkat 10.27 mata kepada 802.47, Indeks Perladangan menambah 11.03 mata kepada 6,813.96, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.09 mata kepada 158.16.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaMalacca Securitiespembukaan
Share221ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In