• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

SP Setia Cadang Jual Tanah Johor Berharga RM547.65 Kepada Scientex Group

in Catalyst
A A
Untung Bersih Suku Kedua SP Setia Naik Kepada RM80.09 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) — SP Setia Bhd bercadang untuk menjual lapan petak tanah pegangan bebas seluas 388.4 hektar di Mukim Tebrau, Johor Bahru kepada Scientex Lestari Sdn Bhd pada harga RM547.65 juta.

Ini adalah percubaan kedua untuk melupuskan tanah Tebrau kepada Scientex Group selepas penamatan daripada perjanjian awal yang dibuat dengan subsidiari milik penuh Scientex Bhd, Scientex Quatari Sdn Bhd pada Mac tahun ini kerana tidak memenuhi syarat duluan.

SP Setia dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata unit milik penuhnya Pelangi Sdn Bhd hari ini telah menandatangani perjanjian bersyarat dengan Scientex Lestari, yang dimiliki 70 peratus oleh Scientex Quatari dan 30 peratus lagi oleh Datuk Azman Mahmud bagi cadangan penjualan tersebut.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Cadangan pelupusan itu adalah selaras dengan hala tuju kumpulan untuk mengoptimumkan dan mengimbangi semula bank tanahnya sambil mengekalkan struktur modal yang cekap,” katanya.

Pada 7 Mei 2021, SP Setia telah mengumumkan cadangan pelupusan tanah yang sama kepada Scientex Quatari dengan harga RM518.15 juta. Bagaimanapun, perjanjian itu luput kerana tidak memenuhi syarat duluan, khususnya berkaitan dengan kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Syarat duluan ini dijangka akan dipenuhi dengan cadangan sekarang, katanya, sambil menambah bahawa perjanjian itu disasarkan untuk selesai menjelang suku kedua tahun depan.

“Cadangan pelupusan itu akan meningkatkan tahap penggearan kumpulan selain mendorong pembangunan projek dan pertumbuhan perbandaran SP Setia di Johor,” kata SP Setia.

Sementara itu, Scientex Bhd berkata dalam satu kenyataan bahawa kumpulan itu merancang untuk melancarkan projek pembangunan perbandaran bercampur-campur yang baharu di atas tanah itu, yang akan merangkumi kira-kira 12,000 rumah mampu milik.

Pemaju hartanah dan pengilang pembungkusan itu berkata pengambilan tanah berkenaan akan meluaskan jejak pembangunan hartanahnya dengan ketara di Johor, sebagai tambahan kepada enam perbandaran sedia ada yang terletak di Pasir Gudang, Kulai, Skudai, Senai, Pulai dan Kota Tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Scientex Lim Peng Jin berkata pembangunan perbandaran baharu itu adalah seiring dengan visi kumpulan itu bagi membina 50,000 rumah mampu milik di Semenanjung Malaysia menjelang 2028.

“Sehingga 30 Jun 2023, kami telah mencapai titik penting apabila mampu menyampaikan 29,000 rumah, yang mencerminkan kemajuan kami yang agak mantap. Pengembangan strategik ini akan membolehkan kami mewujudkan perbandaran yang bertenaga di Mukim Tebrau dan menyumbang kepada pembangunan Johor,” katanya.

Scientex berkata sebaik selesai, jumlah simpanan tanah kumpulan itu di seluruh Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah akan berkembang kepada kira-kira 3,100 hektar.

“Cadangan pengambilan tanah itu tertakluk kepada kelulusan Lembaga Tanah Ladang serta EPU dan jika perlu, kelulusan pemegang saham Scientex.

“Pemerolehan itu akan dibiayai oleh dana yang dijana secara dalaman dan pinjaman bank, ianya dijangka selesai menjelang separuh pertama 2024,” tambahnya.

— BERNAMA

Tags: ScientexSP Setiatanah
Share288ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In