• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Jaya Tiasa Akan Beli 55 Peratus Pegangan Dalam WHD Pada RM52.25 Juta

in Catalyst
A A
Jaya Tiasa Akan Beli 55 Peratus Pegangan Dalam WHD Pada RM52.25 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) — Jaya Tiasa Holdings Bhd (JTH) bercadang membeli 55 peratus kepentingan dalam Wealth Houses Development Sdn Bhd (WHD) pada RM52.25 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa, JTH menjelaskan pembelian yang dicadangkan itu adalah untuk menambah jumlah simpanan tanah perladangan kelapa sawit yang dimiliki secara langsung olehnya.

Syarikat itu memaklumkan WHD memiliki sebidang tanah pegangan pajakan berukuran 5,967.10 hektar di Mukah, Sarawak.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“WHD telah menandatangani perjanjian usama sama (JVA) bertarikh 27 Julai, 2004 dan perjanjian tambahan bertarikh 2 Jan, 2023 dengan Erajaya, anak syarikat milik penuh JTH, untuk membangunkan tanah tersebut menjadi perladangan sawit secara bersama,” jelasnya.

JTH menambah, cadangan pembelian itu akan memberikan kepentingan kawalan dalam WHD, yang memiliki tanah tersebut, kepada pihaknya.

“Ini akan memastikan jaminan tempoh untuk penanaman semula pada masa depan di tanah itu daripada bergantung kepada JVA yang mungkin tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa,” menurutnya.

Menurut JTH pembelian itu akan dibiayai sepenuhnya oleh dana dalaman syarikat.

Setakat 31 Mac 2023, tunai dan setara tunai syarikat berjumlah RM172.20 juta berdasarkan penyata kewangan tidak diaudit terkini JTH.

JTH menjelaskan mengenai prospek, lembaga pengarah yakin cadangan pembelian itu dijangka terus menyumbang kepada pertumbuhan syarikat pada masa depan.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaJaya Tiasa Holdingskelapa sawitpembelianperladanganWealth Houses Development
Share283ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In