• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Haily Peroleh Kontrak Projek Pembinaan Bernilai RM53.8 Juta Di Johor Bahru

in Catalyst
A A
Haily Group Menang Kontrak RM52.30 Juta Daripada Unit Mah Sing

Gambar: Yoong Wy

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) — Pakar pembinaan, Haily Group Bhd, memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM53.90 juta daripada Tasek Maju Realty Sdn Bhd untuk membina 170 unit kediaman bagi perbandaran Taman Mutiara Maju di Johor Bahru.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, kontrak tersebut yang bermula pada 17 Ogos 2023 dan dijadual siap dalam tempoh 15 bulan, merupakan projek utama keempat yang diperoleh syarikat tahun ini, menjadikan jumlah nilai kontrak projek yang sedang dibangunkannya sebanyak RM713.56 juta.

Pengasas dan Pengarah Eksekutifnya See Tin Hai berkata setakat ini bagi tahun ini, syarikat itu telah memperoleh jumlah kontrak bernilai RM204.48 juta, yang mana melebihi apa yang diperolehnya pada keseluruhan 2022.

“Ketika kami terus meningkatkan jumlah nilai kontrak kami, kami kekal berada di landasan untuk mencapai tahun kewangan yang lebih kukuh pada 2023. Kami akan terus berusaha ke arah mendapatkan lebih banyak projek bernilai tinggi tahun ini,” katanya.

Kontrak utama lain yang diterima syarikat itu tahun ini termasuklah kontrak bernilai RM37.85 juta daripada Austin Senibong Development Sdn Bhd untuk membina 77 unit pejabat kedai tiga tingkat dalam projek Crest@Austin.

Selain itu, ia juga memperoleh kontrak bernilai RM78.28 juta bagi pembinaan 262 unit hartanah kediaman di Pontian, Johor daripada anak syarikat Gadang Holdings Bhd, Mandy Corporation Sdn Bhd, dan kontrak bernilai RM32.66 juta bagi pembinaan 186 unit kediaman di perbandaran Bandar Putra daripada Nice Frontier Sdn Bhd, ahli IOI Properties Group Bhd.

Haily merupakan kontraktor utama yang terlibat dalam pembinaan bangunan kediaman dan bukan kediaman di wilayah selatan Semenanjung Malaysia, khususnya Johor.

— BERNAMA

Tags: HailyJohor Bahrukontrakperbandaranprojek pembinaanTasek Maju Realty
Share237ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In