• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Fajarbaru, PDC Meterai MoU Bagi Bangunkan Bandar Perubatan Di Batu Kawan

in Catalyst
A A
Fajarbaru, PDC Meterai MoU Bagi Bangunkan Bandar Perubatan Di Batu Kawan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

GEORGE TOWN, 27 Jun (Bernama) — Fajarbaru Builder Group Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bagi membangunkan bandar perubatan dan hab pembangunan bercampur di Bandar Cassia, Batu Kawan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fajarbaru Builder, Datuk Seri Eric Kuan Khian Leng, berkata cadangan pembangunan itu adalah di kawasan seluas kira-kira 93 hektar, dan projek itu buat sementara waktu diberi nama Medi-City Bandar Cassia.

“Apabila siap, Medi-City Bandar Cassia akan berfungsi sebagai hab perubatan yang menyediakan perkhidmatan ekopelancongan dan perniagaan global dengan kemudahan termasuk hospital, kampus perubatan, hab bekalan perubatan, suite korporat, pusat pemulihan, kampung persaraan, pusat kesejahteraan dan sebagainya,” kata beliau.

Kuan berkata sebagai sebahagian daripada MoU itu, Fajarbaru akan bekerjasama dengan perunding profesional dan pakar industri untuk menjalankan kajian pasaran dan kajian kebolehlaksanaan serta membangunkan cadangan mengenai aspek teknikal dan kewangan bagi keseluruhan pembangunan.

“MoU itu akan kekal berkuat kuasa selama enam bulan dari tarikh perjanjian atau sehingga pemeteraian perjanjian muktamad antara Fajarbaru dan PDC.

“Fajarbaru juga boleh meminta lanjutan MoU untuk tempoh tiga bulan lagi, tertakluk kepada kelulusan PDC,” katanya.

Kuan berkata cadangan itu akan merangkumi elemen bukan perubatan, peruncitan, hotel, kediaman, hab komersial, komponen rekreasi dan sistem pengangkutan bersepadu.

“Matlamat kami adalah untuk membangunkan bandar perubatan yang berintegrasi ke dalam komuniti, menyumbang kepada kesihatan, kesejahteraan dan ekonomi masyarakat sekeliling sambil turut menarik pelancong perubatan dari seluruh dunia. Akhirnya, kami menyasarkan untuk mempromosikan Pulau Pinang sebagai hab perubatan serantau dan global melalui Medi-City Bandar Cassia,” katanya.

Kuan menambah, pembangunan Medi-City Bandar Cassia akan memacu pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan ekonomi tempatan dan meletakkan Pulau Pinang sebagai peneraju serantau dan antarabangsa dalam sektor penjagaan kesihatan dan teknologi.

Diperbadankan pada tahun 1976, Fajarbaru Builder ialah sebuah syarikat pemegangan pelaburan dengan anak syarikatnya terlibat dalam pembinaan, pembangunan hartanah, pembalakan dan perdagangan kayu serta perniagaan perladangan terutamanya di Malaysia dan Australia.

— BERNAMA

TAG: Fajarbaru Builder, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, Medi-City Bandar Cassia, Eric Kuan Khian Leng, MoU

Tags: Eric Kuan Khian LengFajarbaru BuilderMedi-City Bandar CassiaMoUPerbadanan Pembangunan Pulau Pinang
Share256ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In