• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

IJM Dapat Kontrak RM653.6 Juta Bina Hab Logistik Antarabangsa Shah Alam

in Catalyst
A A
IJM Dapat Kontrak RM653.6 Juta Bina Hab Logistik Antarabangsa Shah Alam
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) — Subsidiari milik penuh IJM Corp Bhd (IJM), telah memenangi kontrak bernilai RM653.6 juta untuk membangunkan fasa satu Hab Logistik Antarabangsa Shah Alam (SAILH).

IJM dalam satu kenyataan hari ini berkata projek tersebut, yang diberikan oleh Global Vision Logistics (GVL) kepada IJM Construction Sdn Bhd, akan mewujudkan hab logistik bertauliah hijau pertama di negara ini, antara yang terbesar di rantau Asean. 

“Pembinaan dijadualkan bermula menjelang suku ketiga tahun ini dengan anggaran siap dalam tempoh 26 bulan. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Apabila siap fasa pertama pada 2025, pembangunan itu akan mempunyai keluasan 2.8 juta kaki persegi,” katanya.   

Terletak di tapak seluas 28.73 hektar di Shah Alam, fasiliti itu akan menampilkan infrastruktur logistik yang canggih, teknologi dan sistem termoden serta pelbagai elemen yang mesra alam. 

Fasa pertama SAILH merangkumi kompleks gudang setinggi empat tingkat, kemudahan tempat letak kereta empat tingkat dan pejabat satu tingkat di samping bangunan tambahan termasuk kerja-kerja pengujian dan pentauliahan.

Kontrak SAILH mengukuhkan lagi tempahan dalam tangan IJM Construction kepada RM5.1 bilion, yang terdiri daripada gabungan projek sektor swasta serta awam berprofil tinggi dalam pembinaan bangunan dan kejuruteraan awam. 

“Kerjasama kami dengan GVL membolehkan kami mewujudkan hab logistik bertaraf dunia yang bukan sahaja sejajar dengan komitmen sifar bersih syarikat tetapi juga menetapkan penanda aras industri yang baharu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan IJM Lee Chun Fai. 

Berdasarkan kenyataan itu, SAILH akan menggabungkan ciri-ciri mesra alam bermula daripada pembinaan kepada fasa operasi termasuk penggunaan bahan binaan rendah karbon semasa pembinaan sehingga kepada pemasangan panel solar, kelengkapan air dan pencahayaan, lif termasuk sistem penyejukan udara yang cekap tenaga.

— BERNAMA

Tags: Global Vision LogisticsIJMSAILH
Share237ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In