“ IPO Baru kembali lagi!”
Belum sempat bahang IPO bulan Mei lepas reda, IPO baharu datang lagi dan kali ini menampilkan IPO daripada syarikat hartanah terkemuka di Malaysia.
Dengan kejatuhan IPO Radium pada hari pertama dagangan, pasti ramai yang ada perasaan takut untuk mencuba IPO daripada sektor yang sama seperti SkyWorld ini.
Sabar dulu, jangan cepat menghukum. Mari kita kaji IPO ini sebelum membuat sebarang keputusan.
Berikut merupakan 10 perkara yang pelabur wajib tahu sebelum memohon IPO SkyWorld Development Berhad ini.

1. Latar Belakang Syarikat
SkyWorld Development Berhad merupakan syarikat daripada sektor hartanah yang menawarkan projek perumahan mampu milik sehingga projek perumahan yang mampu tengok. Kekuatan syarikat ini adalah daripada segi kualiti projek yang dihasilkan sehingga mendapat pengiktirafan CIDB.
Harga IPO yang ditawarkan adalah RM0.80 seunit dan tarikh tutup permohonan IPO ini adalah pada 27 Jun 2023 sebelum jam 5 petang.
2. Status Syariah IPO
Status IPO syarikat SkyWorld ini adalah patuh syariah daripada SAC sendiri, iaitu badan syariah di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Boleh mohon tanpa rasa bersalah!
3. Jumlah Dagangan Saham Yang Bakal Diapungkan
Jumlah keseluruhan saham yang bakal diterbitkan oleh SkyWorld adalah sebanyak 1,1875 bilion dan jumlah yang bakal direbutkan pelabur melalui permohonan terbuka adalah sekitar 50 juta unit.
25 juta untuk pelabur bumi dan bakinya yang lain adalah untuk selain bumi. Penagihan sebanyak 150 juta unit di MITI khabarnya dilanggan penuh!
4. Pemilik Terbesar Syarikat
Untuk ketika ini, pemilik terbesar syarikat SkyWorld adalah Datuk Seri Ng yang memiliki sekitar 549 juta unit saham dalam pegangan. Selepas terbitan, pegangan saham dijangka akan menjadi sekitar 414 juta unit.
Pemegang kedua dan ketiga saham syarikat adalah Datuk Lam dan Lee Chee Seng yang masing-masing memegang sekitar 158 juta dan 47 juta unit sebelum saham ini diterbitkan.
5. Pendapatan Syarikat
Dari segi jualan kasar, syarikat ini merekodkan peningkatan yang sangat memberangsangkan untuk tahun 2022 berbanding tahun sebelumnya.
Cumanya, jika kita lihat kepada margin pendapatan bersih syarikat, ianya kelihatan agak mendatar untuk dua tahun terkini.
6. Kegunaan Dana IPO
Sekitar 60% dana yang diperoleh daripada IPO ini akan digunakan untuk membeli tanah baharu untuk pembinaan projek hartanah syarikat. Bakinya yang lain untuk modal perniagaan, pembayaran hutang dan membayar fi penyenaraian saham di Bursa Malaysia.
7. Polisi Dividen Syarikat
Menurut prosektus syarikat, SkyWorld Development Berhad ini menyasarkan polisi dividen adalah sekitar 20% daripada pendapatan bersih syarikat, Boleh tahan!
8. Pesaing Dalam Industri Yang Sama
Pesaing dalam industri hartanah ini bukan calang-calang. Antara jenama besar dalam industri yang sama adalah seperti Sunway Bhd, SP Setia Bhd, IJM Corporation Bhd dan banyak lagi seperti Sime Darby Property Bhd dan Mah Sing Group Bhd.
Tetapi kelebihan SkyWorld berbanding pesaing yang lain adalah dari segi nisah PE. Nisbah PE syarikat antara yang paling rendah berbanding pesaing yang lain.
9. Modal Pasaran Dalam Industri
Dari segi modal pasaran (market share) syarikat untuk perumahan jenis high rise adalah sekitar 7% di Malaysia. Untuk hartanah kediaman pula adalah sebanyak 12% dan 4% untuk hartanah komersial.
10. IPO Ketiga Terbesar Tahun 2023
Sumber: The Edge
IPO SkyWorld dijangkakan akan meraih sekitar RM320 juta daripada terbitan saham di Bursa Malaysia. Ini menjadikan SkyWorld sebagai syarikat ketiga terbesar dalam terbitan IPO untuk tahun 2023 selepas DXN dan Radium.
Lepas baca ringkasan IPO SkyWorld ini, anda rasa nak mohon atau tidak?
Sumber: Prospektus SkyWorld
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!




