• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Mulakan Urus Niaga Bercampur-Campur Dua Hari Berturut-Turut

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) — Dagangan di Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur untuk hari kedua berturut-turut di tengah-tengah prestasi lemah semalaman Wall Street kerana peniaga masih tidak memasuki pasaran menjelang pengumuman beberapa data ekonomi lewat hari ini.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 2.07 mata untuk mencatatkan paras 1,391.95 berbanding 1,389.88 pada penutup Isnin.

Indeks utama dibuka 0.99 mata lebih tinggi pada 1,390.87.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bagaimanapun, pasaran secara menyeluruh menyaksikan kaunter rugi mengatasi  kaunter untung 136 berbalas 124, manakala 215 kaunter tidak berubah, 1,860 tidak diniagakan dan 40 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 254.18 juta unit bernilai RM63.79 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd,Thong Pak Leng berkata FBM KLCI bergerak rendah sedikit semalam berikutan kemunculan beberapa jualan lewat melibatkan saham perkhidmatan kewangan selain seiring dengan prestasi serantau yang lebih lemah.

“Pasaran kembali meningkat hari ini tetapi kami menganggap corak dagangan adalah sama seperti semalam tanpa sebarang tanda positif, sekali gus menjangkakan indeks berlegar dalam julat 1,385-1,395.

“Kami mengunjurkan lebih banyak jualan susulan bagi saham teknologi selepas jualan semalam memandangkan sentimen terhadap sektor itu berubah berhati-hati berikutan beberapa siri kenaikan kadar di Eropah,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing memperoleh dua sen kepada RM8.72 dan RM3.88, CIMB meningkat satu sen kepada RM5.20, Tenaga Nasional turun satu sen menjadi RM9.17 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.89.

Bagi saham aktif, Sapura Energy, Sarawak Consolidated dan Tanco, semuanya menambah setengah sen kepada empat sen, 44 sen dan 55.5 sen sementara DGB Asia dan Classita tidak berubah, masing-masing mencatatkan satu sen dan sembilan sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 9.46 mata pada 10,219.16, Indeks FBMT 100 memperoleh 10.05 mata untuk merekodkan paras 9,924.29 dan Indeks FBM ACE pula susut 29.58 mata kepada 5,000.72.

Indeks FBM Emas Syariah turun 1.35 mata kepada 10,497.92 dan Indeks FBM 70 kerugian 6.61 mata kepada 13,371.39.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 31.56 mata kepada 15,453.11, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian 0.02 mata lebih tinggi pada 158.58, manakala Indeks Tenaga menokok 0.27 mata kepada 781.38 dan Indeks Perladangan meningkat 4.53 mata menjadi 6,723.34.

— BERNAMA

Tags: Bursa Malaysiadata ekonomipembukaanThong Pak LengWall Street
Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In