• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, May 31, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

UEM Sunrise, Greystar Bekerjasama Untuk Projek BtR Di Australia

in Catalyst
A A
UEM Sunrise, Greystar Bekerjasama Untuk Projek BtR Di Australia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) — UEM Sunrise Bhd telah bekerjasama dengan Greystar Real Estate Partners, LLC (Greystar) untuk membangunkan projek ‘bina untuk sewa’ (BtR) pertama di pinggir bandar Melbourne di Collingwood, Australia.

Perjanjian itu akan menjadikan Greystar sebagai pelabur dan seterusnya pemilik dan pengendali pembangunan BtR yang dicadangkan melalui struktur ‘fund-through’ dengan UEM Sunrise sebagai rakan kongsi pemaju dan penghantaran dengan nilai projek urus niaga adalah kira-kira A$277 juta (RM881 juta).

Pemaju hartanah itu berkata projek itu adalah projek BtR pertama oleh pemaju Malaysia di Australia dalam usaha untuk mengukuhkan kehadirannya di sana.

Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Sufian Abdullah berkata penglibatan dalam pasaran BtR yang sedang berkembang di Melbourne membuka satu lembaran baharu bagi kumpulan itu kerana ia meneruskan pengembangan aktifnya dalam pasaran Australia.

“Kami telah melihat permintaan yang ketara untuk projek bina untuk sewa itu apabila orang ramai mencari lebih banyak pilihan perumahan serta mahukan kehidupan komuniti dalam tempoh jangka panjang.

“Melbourne baru sahaja menjadi bandar paling ramai penduduk di Australia yang menjadikannya tempat yang sesuai untuk UEM Sunrise melabur dalam kelas aset,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terletak di 21-53 Hoddle Street dan tertakluk kepada kelulusan perancangan, pembangunan yang dicadangkan itu dijangka merangkumi 400 unit pangsapuri di dua bangunan dengan gabungan rumah jenis studio dan pangsapuri mempunyai satu, dua dan tiga bilik tidur.

UEM Sunrise berkata dokumen perancangan dijadualkan diserahkan pada Julai 2023 dan tertakluk kepada perancangan dan kelulusan, pembinaan dijangka bermula pada pertengahan akhir 2024 dan mengambil masa kira-kira tiga tahun.

Pemaju hartanah telah menyelesaikan pembelian tapak di 21-53 Hoddle Street di Collingwood daripada Jowett Properties pada Mac 2021.

— BERNAMA

TAG: UEM Sunrise, Australia, Greystar, bina untuk sewa, Sufian Abdullah

Tags: Australiabina untuk sewaGreystarUEM Sunrise
Share277ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In