• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Dipacu Prestasi Kukuh Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Bursa Malaysia kembali meningkat dan dibuka lebih tinggi sedikit pada urus niaga pagi Jumaat, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang kukuh.

Kebanyakan para pelabur mengunjurkan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat akan mengekalkan kadar faedah semasa untuk lebih lama walaupun terdapat bayangan lebih banyak kenaikan kadar pada masa hadapan.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sedikit iatu 0.23 mata kepada 1,381.96 daripada 1,381.73 pada penutup semalam.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Indeks utama dibuka pada paras 1,382.42, mengukuh 0.69 mata.

Pergerakan harga di pasaran positif, menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 201 berbalas 111, manakala 239 kaunter tidak berubah, 1,733 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 304.24 juta unit bernilai RM97.33 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) mengukuh 429 mata manakala Nasdaq melonjak 156 mata apabila hasil 10 tahun AS susut sedikit kepada 3.72 peratus.

“Ketiadaan kenaikan kadar di AS juga menyaksikan saham Hong Kong mengembang 420 mata dirangsangkan lagi oleh pengurangan kos pinjaman dalam usaha untuk memulihkan ekonomi yang terjejas,” katanya kepada Bernama.

Thong menjelaskan FBM KLCI ditutup rendah semalam selepas kemunculan aktiviti pengambilan untung.

“Untuk hari ini, kami mengunjurkan indeks berlegar dalam julat 1,380-1,390. Minat belian mungkin kembali kepada sektor teknologi hari ini berikutan penurunan jualan semalam.

“Harga minyak mentah turut mengukuh dengan minyak mentah Brent ditutup hampir kepada US$76 setong,” tambahnya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga Nasional masing-masing menambah dua sen kepada RM8.62 dan RM9.13 manakala CIMB susut satu sen menjadi RM4.99 dan Public Bank serta IHH Healthcare tidak berubah pada RM3.85 dan RM5.80.

Bagi saham aktif, TWL Holdings, Classita dan Tanco masing-masing kekal pada tiga sen, 10 sen dan 50 sen manakala Sarawak Consolidated dan Priceworth International masing-masing naik setengah sen kepada 42.5 sen dan 14.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengembang 13.30 mata pada 10,226.02, Indeks FBMT 100 meningkat 12.70 mata menjadi 9,919.12 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 15.78 mata kepada 10,580.31.

Indeks FBM 70 menambah 63.04 mata kepada 13,642.51 dan Indeks FBM ACE naik 29.01 mata kepada 5,133.82.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga meningkat 2.34 mata kepada 789.56, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian peroleh 0.33 mata kepada 159.22 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 4.57 mata kepada 15,208.58 manakala Indeks Perladangan susut 7.27 mata kepada 6,693.40.

— BERNAMA

Tags: Bursa Malaysiakadar faedahopeningThong Pak Leng
Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In