• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

BDB Laksana Enam Projek Dengan GDV Berjumlah RM1.5 Bilion

in Catalyst
A A
BDB Land Bangunkan Perumahan Mampu Milik Di Langkawi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

ALOR SETAR, 8 Jun (Bernama) — Bina Darulaman Bhd (BDB) telah dan akan melaksanakan enam projek utama di Kedah yang melibatkan pelbagai sektor perniagaan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM1.5 bilion sehingga Jun tahun ini.

Pengerusinya Che Had Dhali berkata projek yang diusahakan itu adalah bertujuan untuk memacu dan membantu pertumbuhan serta pembangunan bagi meningkatkan keselesaan dan taraf hidup rakyat di negeri itu. 

Menurutnya, sebahagian besar projek yang dilaksanakan itu melibatkan pembangunan perbandaran dan perumahan mampu milik iaitu Darulaman Lagenda di Sungai Petani, Darulaman Saujana di Kubang Pasu dan Aman Nusa di Langkawi.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Ketiga-tiga projek itu memiliki GDV berjumlah RM1.3 bilion dan sekali gus dapat memberi manfaat kepada sebahagian rakyat yang tinggal di daerah Sungai Petani, Kubang Pasu dan juga Langkawi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan BDB Ke-28, di sini, hari ini.

Che Had berkata selain daripada tiga projek berkenaan, BDB menerusi anak syarikat milik penuhnya, BDB Infra Sdn Bhd (BISB), turut memperoleh kontrak penyelenggaraan jalan negeri bernilai RM204 juta daripada kerajaan negeri.

“Ia melibatkan Zon 1 iaitu daerah Kota Setar, Padang Terap/Pokok Sena, Kubang Pasu, Pendang, Yan dan Sik. BISB juga berjaya dalam bidaan projek Sistem Pengairan Tersier dengan nilai kontrak berjumlah RM34.08 juta serta pengambilalihan Kuari Gemi Puncak, Langkawi dengan nilai RM13 juta,” katanya.

Sementara itu, Che Had berkata, BDB juga mencatatkan prestasi memberangsangkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022, dengan merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM9 juta peningkatan daripada RM7.8 juta pada tahun kewangan 2021.

“Pendapatan juga meningkat daripada RM201.7 juta pada 2021 kepada RM231.4 juta pada 2022, sekali gus turut meningkatkan rizab tunai daripada RM66.3 juta kepada RM79.9 juta pada tempoh yang sama,” katanya.

Mengenai perkembangan menaik taraf loji rawatan air (LRA) Pelubang yang melibatkan kos berjumlah RM431 juta, Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB Raja Shahreen Raja Othman berkata projek itu berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan.

“Kita tahu, isu air ini memang masalah yang dihadapi oleh setiap negeri termasuk Kedah, jadi BDB berharap dengan projek ini, ia dapat menyelesaikan masalah air kepada rakyat Kedah,” katanya kepada pemberita.

— BERNAMA

Tags: BDBGDVKedahpembangunanprojek
Share253ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In