• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Wall Street Bercampur-Campur

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global


KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) — Dagangan Bursa Malaysia susut pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi bercampur-campur semalaman Wall Street kerana pelabur menjangkakan kadar faedah mungkin kekal dinaikkan untuk seketika.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.18 mata kepada 1,376.47 daripada 1,378.65 pada penutup Rabu.

Indeks utama dibuka 2.86 mata lebih rendah kepada 1,375.79.

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 170 berbanding 131, manakala 224 kaunter tidak berubah, 1,718 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 247.88 juta unit bernilai RM83.02 juta.

Dow Jones memperoleh 92 mata, terutamanya disokong oleh kegiatan membeli manakala Nasdaq kerugian 171 mata apabila hasil 10 tahun Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) melonjak kepada 3.79 peratus menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan minggu depan.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, FBM KLCI meneruskan trajektori menurunnya kerana ketiadaan sokongan daripada kegiatan belian.

“Walaupun indeks berlegar hampir kepada paras rendah 52 minggu, pelabur lebih suka untuk tidak memasuki pasaran buat seketika.

“Justeru,  kami menjangkakan dagangan di bursa tempatan akan kekal lengang sekiranya tiada pemangkin belian, dan indeks akan berada dalam aliran julat 1,375-1,385 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing susut satu sen kepada RM3.80 dan RM6.40, Tenaga Nasional turun empat sen kepada RM9.23 dan CIMB lebih rendah dua sen untuk mencatatkan RM4.88 manakala Maybank menambah satu sen menjadi RM8.59.

Bagi saham aktif, Star Media dan RGB International kedua-duanya menokok setengah sen kepada 50.5 sen dan 26.5 sen, Komarkcorp peroleh satu sen kepada 9.5 sen, Sarawak Consolidated rendah dua sen kepada 25.5 sen dan Tanco tidak berubah pada 49 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 9.72 mata kepada 10,152.25, Indeks FBMT 100 menyusut 9.41 mata kepada 9,852.82 manakala Indeks FBM Emas Syariah menguncup 20.27 mata kepada 10,509.46.

Indeks FBM ACE turun 13.29 mata kepada 5,012.41 dan Indeks FBM 70 meningkat 12.68 mata kepada 13,440.45.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga susut 0.74 mata kepada 782.48, Indeks Perladangan turun 19.37 mata kepada 6,642.67 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian kerugian 0.32 mata menjadi 158.57.

Bagaimanapun, Indeks Perkhidmatan Kewangan bertambah baik 9.29 mata untuk mencatatkan paras 15,102.11.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIRakuten TradeWall Street
Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In