• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 5, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Kebimbangan Kemelut Hutang AS Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Dan Berhati-hati

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) — Kebimbangan berkisar kemelut perjanjian siling hutang Amerika Syarikat (AS) terus melemahkan sentimen pelabur pagi ini.

Pada 9.20 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 5.78 mata kepada 1,381.34 daripada 1,387.12 pada penutup semalam.

Indeks utama memulakan urus niaga 3.82 mata lebih rendah pada paras 1,383.30.

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung 218 berbalas 141, manakala 255 kaunter tidak berubah, 1,626 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 327.35 juta unit bernilai RM158.25 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, Wall Street AS merosot semalaman apabila Dow Jones jatuh 0.4 peratus, S&P 500 susut 0.61 peratus dan Nasdaq kerugian 0.63 peratus di tengah-tengah kebimbangan berterusan terhadap keadaan hutang AS dan kesan daripadanya.

Dalam satu nota, Malacca Securities Sdn Bhd berkata kegentingan pasaran buruh AS dan data inflasi yang tinggi baru-baru ini juga mungkin terus mengurangkan minat dagangan dalam pasaran ekuiti global, termasuk Bursa Malaysia.

Mengenai komoditi, ia berkata minyak mentah Brent turun ke arah US$72, manakala harga minyak sawit mentah berlegar melebihi RM3,200, sambil menambah kegiatan jualan dijangka terus tertumpu terhadap sektor berkaitan.

Sebaliknya, ia berkata sektor defensif seperti telekomunikasi dan utiliti diunjur mendapat perhatian dalan keadaan pasaran yang berterusan tidak menentu.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank dan CIMB masing-masing menokok satu sen kepada RM3.82 dan RM4.83 manakala Maybank susut empat sen kepada RM8.61, Tenaga Nasional menguncup lima sen menjadi RM9.46, Petronas Chemicals lemah 12 sen kepada RM6.44 dan CelcomDigi berkurangan dua sen kepada RM4.45.

Bagi saham-saham aktif, Classita meraih setengah sen kepada 12 sen, Synergy House susut 5.5 sen kepada 37.5 sen, Alam Maritim Resources rendah setengah sen kepada 2.5 sen manakala Tanco dan Radium Development, kedua-duanya tidak berubah pada harga 51 sen dan 38.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 46.26 mata kepada 10,196.83, Indeks FBMT 100 menguncup 45.81 mata pada 9,903.70 dan Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 66.26 mata menjadi 10,540.25..

Indeks FBM 70 kerugian 80.78 mata kepada 13,576.09 manakala Indeks FBM ACE peroleh 9.18 mata kepada 4,956.42.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 21.21 mata kepada 15,185.53, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lemah 0.81 mata menjadi 158.30, Indeks Perladangan lebih rendah 3.65 mata kepada 6,597.43 dan Indeks Tenaga turun 7.63 mata kepada 801.81.

— BERNAMA

Tags: Bursa Malaysiahutang ASpembukaan
Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In