• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Awal Urus Niaga

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini, Dagangan Wall Street Turut Lemah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global


KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal urus niaga pagi ini dan dagangan agak lesu berikutan kekurangan berita penggerak pasaran selain para pelabur mengambil sikap berhati-hati sementara menantikan data indeks pembuatan yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Sesetengah pelabur di pasaran tempatan  juga dilihat mengaut keuntungan daripada saham wajaran tinggi selepas pengumuman keputusan kewangan masing-masing.

Pasaran semalaman Wall Street ditutup sempena Hari Peringatan (Memorial Day) manakala pasaran China terjejas oleh keputusan perindustrian China yang kurang menggalakkan.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 5.47 mata kepada 1,399.46 berbanding 1,404.93 pada penutupan Isnin.

Namun begitu, indeks utama dibuka 1.11 mata lebih tinggi pada 1,406.04 sebelum menyusut kemudiannya.

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 186 berbalas 128, manakala 225 kaunter tidak berubah, 1,725 tidak diniagakan dan 60 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 167.56 juta unit bernilai RM91.54 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata memandangkan corak dagangan bercampur antara pasaran serantau,  bursa tempatan dijangka mempamerkan pergerakan hambar hari ini.

“Justeru, kami menjangkakan indeks akan kembali dalam aliranjulat 1,400-1,410,” katanya kepada Bernama.

Di bursa tempatan, dalam kalangan saham wajaran tinggi  – Press Metal turun 12 sen kepada RM4.78, CelcomDigi lemah enam sen kepada RM4.50, Tenaga Nasional susut 11 sen menjadi RM9.64 manakala IOI kerugian tujuh sen kepada RM3.88 dan Public Bank rendah dua sen untuk mencatatkan harga RM3.87.

Antara saham aktif, Dagang Nexchange, Cloudpoint dan Meta Bright semuanya tidak berubah, masing-masing merekodkan harga 39 sen, 51.5 sen dan 17.5 sen. YTL pula menambah 2.5 sen kepada 92.5 sen dan Tanco naik setengah sen kepada 50.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 32.46 mata kepada 10,292.59, Indeks FBMT 100 menguncup 33.71 mata kepada 9,997.90 dan Indeks FBM Emas Syariah menyusut 47.94 mata kepada 10,662.13.

Indeks FBM 70 turun 23.44 mata kepada 13,558.18 manakala Indeks FBM ACE 5.77 mata lebih tinggi pada 4,976.85.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan kerugian 10.96 mata kepada 15,286.32, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.83 mata kepada 163.70 dan Indeks Perladangan berkurangan 35.70 mata kepada 6,758.71.

Indeks Tenaga susut 2.25 mata kepada 811.62.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaChinaHari PeringatanpembukaanPMIRakuten
Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In