• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, November 25, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Semua Yang Mohon, Semua Dapat! IPO Tak Laku?

in Saham
A A
Semua Yang Mohon, Semua Dapat! IPO Tak Laku?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

“Bukan susah ke nak dapat IPO? Kenapa ada IPO yang semua mohon berjaya dapat?”

Kehangatan pelaburan IPO ini menjadi-jadi bila banyak IPO yang terlebih langganan sehingga 113 kali daripada jumlah tawaran di pasaran. 

Tidak cukup dengan ini, pada tahun 2023, ada IPO yang membuat kenaikan sehingga paras tertinggi untuk hari pertama daganagan iaiatu mencecah sehingga 400% daripada harga tawaran.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Lumrah pelabur di Malaysia, pantang ada perkara yang menguntungkan, cepat sahaja dia nak turut serta. Kajian dan analisis tolak tepi, yang penting mohon dulu fikir kemudian. 

IPO Radium Development Berhad Diberikan Kepada Semua Pemohon

Syarikat sektor hartanah yang fokus kepada pembangunan hartanah di Kuala Lumpur ini menerbitkan IPO kepada awam dengan harga tawaran bernilai RM0.50 seunit. 

Sumber: Prospektus Radium

Syarikat ini akan disenaraikan di pasaran utama Bursa Malaysia dan jumlah keseluruhan saham yang bakal didagangkan adalah sebanyak 3.468 bilion unit. 

Sumber: Tricor

Baru-baru ini, keputusan IPO Radium Development Berhad telah keluar. Lebih mengejutkan bahawa semua pemohon IPO ini layak menerimanya. Tiada satu pun terkecuali. 

Ini adalah perkara yang jarang-jarang berlaku dalam dunia pelaburan IPO, biasanya IPO ini direbut-rebut oleh orang ramai sehingga terlebih langganan. 

Selepas keputusan ini keluar, ada yang bersyukur kerana tidak pernah dapat IPO sebelum ini, ada juga yang mengucap panjang selepas melihat keputusan IPO ini.

Apa maksudya jika semua pemohon berjaya dapat IPO? Adakah ianya membawa maksud IPO ini tidak laku dan bakal jatuh pada hari pertama dagangan? 

Pernah ke berlaku perkara seperti ini sebelum ini?

IPO MR DIY Dulu Juga Diberikan Kepada Semua Pemohon

MR D.I.Y yang merupakan syarikat ‘hardware‘ yang sangat popular di Malaysia ketika keputusan IPO-nya dikeluarkan, terjadi perkara yang hampir sama seperti yang terjadi kepada IPO Radium tadi. 

Sumber: Tricor

Untuk pemohon daripada kalangan pelabur Bumiputera, IPO ini diberikan kepada semua pemohonnya. Tiada yang terkecuali sama seperti yang terjadi kepada IPO Radium. 

Sumber: Tricor

Untuk pemohon selain Bumiputera pula, hampir 98% secara kasarnya juga berjaya mendapatkan IPO ini. 

Namun apa terjadi pada hari pertama dagangan IPO ini? Adakah harga IPO ini jatuh teruk daripada harga tawaran iaitu RM1.60 seunit?

Apa Terjadi Pada Harga Saham MR D.I.Y Pada Hari Pertama Dagangan?

Gambar: TradingView

Pada hari pertama dagangan IPO MR D.I.Y ini, harga dibuka lebih rendah daripada harga tawarannya RM1.60. Harga dibuka pada paras RM1.04 seunit sahaja. 

Jatuh sekitar 35% daripada harga tawaran IPO tersebut dan mengambil masa hampir dua bulan untuk harga IPO ini kembali kepada paras harga tawarannya iaitu RM1.60. 

Harga saham MR DIY ini juga meneruskan kenaikan dan mencecah ke paras tertingginya pada RM2.86 selepas 5 bulan dagangan. 

Apa Bakal Berlaku Pada Saham Radium Nanti?

Kepada pelabur dan mereka yang berjaya mendapatkan IPO Radium ini, anda rasa apa yang bakal berlaku pada 31 Mei 2023 nanti? 

Cuba kongsikan pandangan anda kepada kami. 

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: IPOmr diyRadium
Share367ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

4 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

4 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In