• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 8, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Dua Loji Jana Kuasa Biogas Pertama Di Terengganu Beroperasi Sepenuhnya

in Catalyst
A A
Dua Loji Jana Kuasa Biogas Pertama Di Terengganu Beroperasi Sepenuhnya
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA TERENGGANU, 28 Mei (Bernama) — Dua loji jana kuasa biogas pertama di Terengganu yang dibina melalui usaha sama antara anak syarikat kerajaan negeri, TDM Bhd dan Concord Group telah beroperasi sepenuhnya dan berhasil membekalkan dua megawatt (MW) kuasa terus ke grid Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pengerusi TDM Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata dua loji yang dibina dengan kos RM50 juta itu telah beroperasi sepenuhnya pada Mac dan Jun tahun lalu dan berpotensi menghasilkan 29,784,000 kilowatt jam (kWj) tenaga boleh diperbaharui setiap tahun.

Beliau berkata ia menggunakan sistem lagun tertutup (covered lagoon) di kilang sawit Kemaman dan Sungai Tong, Setiu milik TDM. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Melalui perjanjian ‘Built, Operate, Own, Transfer’ (BOOT) yang dimeterai pada 2019, TDM dengan kerjasama Concord telah membangun, mengendali dan mengekalkan penjanaan kuasa berasaskan tenaga yang boleh diperbaharui.

“Kami (TDM Bhd) sentiasa mencari ruang untuk mempertingkat kualiti perniagaan tanpa mengabaikan aspek pemeliharaan kelestarian alam sekitar,” katanya selepas Majlis Perasmian Loji Jana Kuasa Biogas TDM di Padang Kubu di Kemaman, hari ini.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat menyempurnakan perasmian majlis tersebut yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengerusi Eksekutif Concord Group, Tan Sri Mohd Hussin Abd Hamid.

Menurut Tengku Farok Hussin, projek itu juga adalah antara strategi TDM dalam mengoptimumkan pengurusan rawatan efluen kilang sawit dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang boleh mencemar alam sekitar. 

Selain itu, katanya, pelaksanaan insiatif teknologi hijau juga membantu mengukuhkan sistem rawatan olahan kilang yang sedia ada supaya tidak menjejaskan  persekitaran.

“Kewujudan loji biogas akan meningkatkan penjanaan tenaga boleh diperbaharui bagi menjamin bekalan negara pada masa hadapan.

“Ia turut mendapat pengiktirafan daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER),” katanya.            — BERNAMA

Tags: biogasConcord Groupjana kuasalojiTDMtenagaTengku Farok Hussin
Share268ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In