• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Anak Syarikat Serba Dinamik Ingkar Bayar RM14.63 Juta Bagi Pembiayaan, Ekuiti Berjangka

in Catalyst
A A
Serba Dinamik Rancang Punyai Satelit Sendiri Dalam Tempoh Tiga Tahun Setengah – Ketua Pegawai Eksekutif
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) — Anak syarikat Serba Dinamik Holdings Bhd, Serba Dinamik Sdn Bhd (SDSB) ingkar dalam pembayaran kemudahan ekuiti dan pembiayaan berjangka berjumlah kira-kira RM14.63 juta yang disediakan oleh Public Bank Bhd (PBB) dan Public Islamic Bank Bhd (PIBB). 

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, ia berkata bagi PBB, tarikh keingkaran bayaran pinjaman SDSB adalah pada 3 Feb, 2023 dengan jumlah RM528,215.91 setakat 10 Jan, 2023. 

Bagi PIBB pula, SDSB ingkar dalam membayar pembiayaan berjangka i-ekuiti berjumlah RM9,576,806.53; pembiayaan berjangka i-ekuiti (2) berjumlah RM3,235,442.30 dan pembiayaan berjangka i-ekuiti (3) RM1,285,362.13 pada 11 Jan, 2023.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Menurut syarikat itu, Victor Saw Seng Kee daripada PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn Bhd telah dilantik sebagai pihak pelikuidasi bagi Serba Dinamik, Serba Dinamik Group Bhd, SDSB dan Serba Dinamik International Ltd pada 10 Jan, 2023.

Serba Dinamik berkata pada masa ini, PBB dan PIBB telah memulakan prosiding undang-undang bagi menjalankan hak sebagai pemiutang bercagar mengikut terma perjanjian pembiayaan.

Bagi langkah menangani keingkaran bayaran faedah, ia berkata pasukan pelikuidasi telah menghubungi PBB dan PIBB bagi membincangkan aspek keputusan yang boleh memberi manfaat untuk syarikat, SDSB serta PBB dan PIBB.

“Syarikat akan berusaha untuk meneruskan perniagaan dan operasinya biarpun berlaku keingkaran itu. Syarikat juga sedang menjalankan beberapa penyusunan semula dan langkah mengurangkan kos bersama pihak pelikuidasi dalam usaha mengurangkan aliran keluar tunai dan meningkatkan aliran masuk tunai,” katanya.

Serba Dinamik berkata ini juga adalah sebahagian daripada  pelan penstrukturan semula yang besar dan pelan regulasisasi untuk memulihkan status syarikat dan menyelesaikan isu kewangan yang dihadapi pada masa ini.

Setakat ini, syarikat itu berkata pihaknya tidak dapat memberi pengisytiharan kemampuan bayar atau kesolvenan kepada Bursa Malaysia Securities Bhd mengikut Perenggan 9.19A (4) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

— BERNAMA

Tags: ingkarpelikuidasiSerba Dinamik
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In