• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

AAX Cadang Tawaran 32.25 Juta Saham, Sasar Kumpul Sehingga RM50 Juta

in Catalyst
A A
Saham AAX Jadi Tumpuan Susulan Berita Mengenai Pelan Pemulihan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) — AirAsia X Bhd (AAX) bercadang untuk melaksanakan tawaran sebanyak 32.25 juta saham biasa baharu pada harga terbitan RM1.55 sesaham.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, AAX berkata berdasarkan harga langganan, syarikat itu akan memperoleh hasil kasar kira-kira RM50.00 juta daripada cadangan tawaran  itu.

Penawaran itu mewakili 7.78 peratus daripada jumlah saham terbitan kepada AHAM Asset Management Bhd, AIIMAN Asset Management Sdn Bhd dan Lavin Group Sdn Bhd.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Perolehan berjumlah kira-kira RM49.45 juta akan digunakan untuk membiayai keperluan modal kerja kumpulan itu — kos pengaktifan pesawat: RM23.00 juta, kos penyelenggaraan pesawat: RM18.50 juta dan perbelanjaan operasi lain: RM7.90 juta.

“Anggaran perbelanjaan berhubung cadangan tawaran itu ialah RM600,000,” katanya.

AAX berkata cadangan itu tepat pada masanya dan bermanfaat terhadap kedudukan kewangan syarikat, memandangkan klasifikasi semasanya sebagai penerbit tersenarai terjejas di bawah PN17 Keperluan Penyenaraian.

“Sementara syarikat terus menilai prestasi kewangan kumpulan dan daya maju pelan penyusunan PN17nya, hasil yang diperoleh daripada cadangan tawaran itu akan menyediakan penyelesaian pembiayaan interim kepada kumpulan untuk menangani keperluan modal kerjanya,” katanya.

Ini akan membolehkan kumpulan itu meningkatkan lagi operasinya sejajar dengan situasi industri penerbangan yang kembali normal dengan pembukaan semula sempadan serantau di seluruh dunia, katanya.

AAX juga menyatakan bahawa tawaran yang dicadangkan itu membolehkan syarikat menerima pelabur institusi kerana pemegang saham mematuhi perjanjian langganan, di tengah-tengah pemulihan berterusan kumpulan selepas pandemik COVID-19 dan berpotensi meningkatkan kecairan sahamnya.

— BERNAMA

Tags: AAXAHAM Asset ManagementAIIMAN Asset Managementsaham
Share234ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In