• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

QGB Rakan Strategik Bina Darulaman Berhad Pada LIMA 2023

in Catalyst
A A
QGB Rakan Strategik Bina Darulaman Berhad Pada LIMA 2023
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

ALOR SETAR, 18 Mei (Bernama) — Syarikat Qew Group Berhad (QGB) akan menjadi rakan strategik dengan Bina Darulaman Berhad (BDB) dalam menganjurkan pelbagai acara sampingan pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2023.

QGB dalam satu kenyataan hari ini berkata kerjasama itu bakal memberikan pulangan ‘menang-menang’ kepada kedua-dua pihak.

“Kerjasama berpanjangan dengan BDB itu adalah untuk mengukuhkan lagi usaha pembangunan perniagaan QGB bagi meneroka peluang dalam pelbagai industri perniagaan khususnya di Kedah dan di seluruh negara.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Bersempena dengan LIMA 2023, beberapa anak syarikat QGB akan turut terlibat untuk menganjurkan pelbagai acara antaranya ialah forum perniagaan, padanan perniagaan dan beberapa sesi menandatangani perjanjian persefahaman” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan QGB Datuk Dr Muhamad Iqbal Mohamad berkata pihaknya bersama-sama BDB akan memastikan setiap aspek persiapan diteliti dan diperincikan supaya impaknya dapat dilihat pada hari penganjuran.

Kerjasama yang kukuh antara QGB dan BDB adalah satu platform terbaik untuk meneruskan kerjasama di peringkat agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta lain-lain pemegang taruh yang berkaitan.

“Satu Memorandum of Understanding (MoU) akan ditandatangani di antara QGB dan Invest Kedah Berhad. QGB akan menjadi rakan pelaburan strategik kepada Invest Kedah Berhad untuk meneroka peluang pelaburan di Kedah,” katanya.

Beliau berkata QGB juga akan mengorak langkah untuk melakukan pelaburan pertamanya di Langkawi, ia akan melantik Koperasi Komuniti Kepulauan Tuba dan Selat Berhad (KOPTUBAS) sebagai rakan perniagaan dalam pembangunan sektor pelancongan di Pulau Tuba.

— BERNAMA

Tags: BDBLIMAMuhamad Iqbal MohamadQGBrakan strategik
Share258ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In