• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Saham Untung, Dividen Pula Dapat Lebih 6% Untuk Tahun 2022

in Saham
A A
Saham Untung, Dividen Pula Dapat Lebih 6% Untuk Tahun 2022
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Tahun 2022 menyaksikan pasaran saham secara keseluruhannya dalam keadaan tidak menentu. Ramai pelabur juga dilihat berehat seketika daripada dunia pelaburan dan cuba mencari peluang yang ada. 

Dalam dunia pelaburan saham ini, walaupun keadaan pasaran tidak menentu, peluang itu sentiasa ada. Jika tidak untung dari segi peningkatan harga saham yang dibeli, boleh untung daripada dividen yang diperolehi. 

Tetapi, jika boleh dapat keuntungan Capital Gain dan dividen sekali, kenapa hanya pilih satu satu sahaja kan? 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Artikel kali ini akan menunjukan senarai saham syarikat yang membuat kenaikan harga dan juga memberikan dividen lebih daripada 6% dalam tempoh setahun dagangan. 

1. Bonia Corporation Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Pada awal Januari 2022, harga untuk seunit saham ini adalah RM0.915 seunit. Harga pada 30 Disember 2022 pula adalah pada paras RM2.27 seunit. Ini merupakan kenaikan sebanyak 148% dalam tempoh setahun. 

Pada tahun 2022 pula, saham ini memberikan dividen sebanyak RM0.19 seunit. Jika dibandingkan dengan harga terkini syarikat ini sekitar RM2.36 seunit, kadar dividennya adalah sekitar 8.05%. 

Tetapi jika pelabur membeli saham ini pada awal Januari 2022 pada harga RM0.915 seunit, kadar dividennya adalah sebanyak 20.8%. 

Untung saham dapat, dividen besar pun dapat walaupun sudah diselaraskan harganya. 

2. Uchi Technologies Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Pada awal Januari 2022, harga saham  adalah sekitar RM2.975 dan harga saham ini telah ditutup tinggi pada penghujung tahun 2022 pada RM3.27 seunit. Kenaikan hampir 10% dalam tempoh setahun dagangan. 

Syarikat ini telah memberikan dividen sebanyak RM0.20 seunit kepada pelabur mereka, jika dibandingkan dengan harga terkini sekitar RM3.25 seunit, kadar dividennya adalah sekitar 6.15%. 

Jika dibandingkan dengan harga awal Januari 2022 pada RM2.975, kadar dividennya adalah sekitar 6.72%. 

Boleh tahan juga kan? 

3. Bursa Malaysia Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Bursa Malaysia yang dibuka pada tahun 2022 pada harga RM6.15 seunit dan ditutup pada harga RM6.65 seunit. Kenaikan sekitar 8.13% dalam tempoh setahun dagangan. 

Syarikat ini membagikan dividen sebanyak RM0.41 seunit kepada pelabur mereka, jika dibandingkan dengan harga terkini saham syarikat ini sekitar RM6.68, kadar dividen saham ini adalah sekitar 6.14%. 

Jika dibandingkan pula dengan harga pada awal Januari sekitar RM6.15 seunit, kadar dividen syarikat ini adalah sekitar 6.67% setahun. 

Berbaloi juga! 

4. Al-Aqar Healthcare REIT

Sumber: Bursa Marketplace

Al-Aqar Healthcare REIT berada pada paras sekitar RM1.075 seunit pada 3 Januari 2022, kemudian harga saham ini telah naik sebanyak 11.63% apabila harga akhirnya ditutup pada tahun 2022 sekitar RM1.20 seunit. 

Dividen yang diberikan pula adalah sebanyak RM0.078 seunit, menjadikan kadar dividen semasa saham ini sekitar 6.29%.

Jika dibandingkan dengan harga pada awal tahun 2022 sekitar RM1.20 seunit, kadar dividennya adalah sekitar 6.5%.

*Kadar dividen ini belum ditolak dengan cukai untuk pelaburan REIT. 

Berbaloi Tak Melabur Saham?

Kepada mereka yang mencari pelaburan yang menguntungkan, pelaburan saham ini sebenarnya sangat menguntungkan kepada mereka yang tahu dan berilmu. 

Ianya juga akan jadi medium anda menanggung kerugian besar bila anda melabur dengan gaya berjudi. 

Jadi, pilihan di tangan anda, jadilah pelabur yang bijak!

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Bursa Malaysiadividen
Share286ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In