• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Tetapi Merosot Kemudiannya

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini tetapi merosot kemudiannya berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana dalam saham wajaran tinggi terpilih, pada masa yang sama menjejaki penurunan di Wall Street semalaman berikutan pelabur menjalankan perdagangan dalam sentimen berhati-hati menjelang laporan inflasi utama pada minggu ini.

Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 0.39 mata kepada 1,432.24 daripada 1,432.63 pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.48 mata kepada 1,433.11.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 169 berbanding 132 manakala 213 kaunter tidak berubah, 1,728 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 213.94 juta unit bernilai RM88.75 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup rendah dengan Dow Jones Index merosot 57 mata dan S&P500 berkurangan 19 mata serta Nasdaq susut 77 mata.

Dalam negara, katanya FBM KLCI meminimakan kerugiannya semalam disebabkan aktiviti belian lewat.

“Bagi hari ini, kami menjangka pasaran tempatan akan berdepan cabaran berikutan sentimen serantau yang lemah dan petunjuk negatif daripada Wall Street, sekali gus kami mengunjurkan indeks petunjuk pasaran diniagakan dalam julat 1,425-1,435.

“Sementara itu, harga minyak sawit mentah (MSM) meningkat melebihi RM3,700 satu tan, justeru, kami menjangka akan menyaksikan minat belian dalam saham perladangan,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank, masing-masing tidak berubah pada RM8.75 dan RM4.02, Petronas Chemicals dan CIMB, masing-masing merosot satu sen kepada RM7.19 dan RM5.10 serta Tenaga Nasional berkurangan lima sen kepada RM9.15.

Bagi saham aktif, Jade Marvel meningkat dua sen kepada 29.5 sen, Velesto menambah satu sen kepada 24 sen dan Salutica naik lima sen kepada 98.5 sen manakala Top Glove dan Careplus, masing-masing merosot satu sen kepada RM1.08 dan 30.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 6.07 mata kepada 10,473.16, Indeks FBMT 100 merosot 5.99 mata kepada 10,171.39 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 9.15 mata kepada 10,792.21.

Indeks FBM ACE berkurangan 19.69 mata kepada 5,034.91 dan Indeks FBM 70 merosot 21.10 mata kepada 13,542.36.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.34 mata kepada 169.31 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 2.07 mata kepada 15,713.50 manakala Indeks Tenaga naik 6.29 mata kepada 839.26 dan Indeks Perladangan meningkat 22.66 mata kepada 6,832.86.

— BERNAMA

Tags: bukaFBM KLCIWall Street
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In