• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 4, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Lotte Chemical Catat Kerugian Bersih RM231.56 Juta Pada Suku Pertama 2023

in Catalyst
A A
Lotte Chemical Titan Catat Kerugian Bersih RM355.5 Juta Pada Suku Ketiga
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) — Lotte Chemical Titan Holding Bhd mencatatkan kerugian bersih RM231.56 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2023 (1Q FY2023), berbanding keuntungan bersih RM104 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Hasil juga susut 29 peratus kepada RM1.97 bilion daripada RM2.76 bilion sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Lotte Chemical Titan berkata hasil yang lebih rendah itu disebabkan oleh purata harga jualan produk dan volum jualan yang lebih rendah.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Bagi kerugian bersih yang dicatatkan pada suku tersebut sebahagian besarnya disebabkan oleh penurunan dalam tebaran margin akibat permintaan pasaran yang lemah hasil daripada persekitaran luaran yang tidak menentu, seperti kadar faedah yang lebih tinggi dan kebimbangan terhadap kemelesetan global.

Ia berkata kerugian bersih itu juga dikaitkan dengan kerugian daripada Lotte Chemical USA Corporation dan sebahagiannya diimbangi oleh pembalikan penurunan nilai inventori kepada nilai boleh direalisasi bersihnya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Park Hyun Chul berkata industri petrokimia memasuki 2023 dengan cabaran luaran yang berterusan, seperti peningkatan kadar faedah dan harga minyak mentah yang tidak menentu, menyebabkan pelanggan kekal berhati-hati dalam pembelian produk mereka.

“Dengan pasaran yang tidak menentu, kumpulan telah melaksanakan pelan pengoptimuman perniagaan yang teliti dengan mengimbangi output pengeluaran dan kecekapan ekonomi, ia menghasilkan kadar penggunaan loji keseluruhan yang lebih rendah sebanyak 70 peratus pada suku pertama tahun kewangan 2023,” katanya.

Melangkah ke hadapan, Park berkata PT Lotte Chemical Indonesia berjaya menyelesaikan struktur pembiayaan Projek Etilena Baharu Lotte Chemical (Projek Line) di Indonesia.

“Kami bersama-sama dengan syarikat induk kami, Lotte Chemical Corporation (LCC) memperoleh kemudahan pinjaman berjangka 12 tahun sebanyak US$2.4 bilion selepas kami menyelesaikan suntikan ekuiti sebanyak US$1.6 bilion pada Januari 2023.

“Struktur pembiayaan Projek Line yang berjaya diselesaikan ini merupakan peristiwa penting bagi kumpulan kerana ia akan menjadi pemangkin pertumbuhan jangka pendek apabila siap pada 2025,” katanya.

Park menambah Projek Line akan meningkatkan jumlah kapasiti loji kumpulan sebanyak 65 peratus dan mengukuhkan kehadiran Lotte Chemical Titan dalam pasaran sebagai syarikat petrokimia terunggul di Asia Tenggara apabila siap pada 2025.

— BERNAMA

Share242ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In