• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

SC Benarkan Wakil Peniaga Luaskan Skop, Perkhidmatan

in Saham
A A
SC Benarkan Wakil Peniaga Luaskan Skop, Perkhidmatan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah memperkenalkan rangka kerja yang akan memanfaatkan wakil peniaga (DR) dalam pasaran modal.

Dalam kenyataan hari ini, katanya rangka kerja baharu itu, yang berkuat kuasa pada 14 April 2023, akan membolehkan mereka mengembangkan skop aktiviti dan peranan selain daripada sekadar berurusan dalam sekuriti.

“SC mengiktiraf kepentingan dalam menggalakkan persaingan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam pasaran modal.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Dalam hal ini, rangka kerja tersebut juga akan memberikan lebih fleksibiliti kepada DR untuk membangunkan kerjaya mereka dan memenuhi keperluan pelabur yang semakin berkembang,” katanya.

Menurut SC, selain memudahkan transaksi saham untuk pelanggan, DR yang memenuhi keperluan tertentu boleh memohon lesen tambahan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti seperti nasihat pelaburan, perancangan kewangan, urusan terhad dalam unit amanah dan urusan dalam skim persaraan swasta.

Rangka kerja baharu itu juga memansuhkan keperluan untuk DR diambil bekerja secara sepenuh masa, katanya.

“Fleksibiliti ini hanya tersedia kepada DR yang telah dilesenkan selama lebih daripada lima tahun dan memenuhi keperluan kecekapan untuk aktiviti terkawal yang berkaitan.

“Untuk memastikan penyeliaan dan pengawasan yang berkesan terhadap DR yang melaksanakan aktiviti terkawal tambahan ini, mereka perlu dijalankan dalam firma broker yang sama atau dalam kumpulan syarikatnya,” kata SC.

Peluasan aktiviti DR yang dibenarkan, dipermudahkan melalui pindaan kepada Bab 4 Buku Panduan Pelesenan yang boleh didapati di laman web SC.

— BERNAMA

Tags: Suruhanjaya Sekuriti Malaysiawakil peniaga
Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In