• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Ambil Petunjuk Prestasi Lemah Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman kurang menggalakkan di Wall Street di tengah-tengah sentimen pasaran yang berhati-hati, kata seorang penganalisis.

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.65 mata kepada 1,433.48 daripada penutupan Jumaat pada 1,435.13.

Indeks utama dibuka 0.34 mata lebih rendah pada 1,434.79.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 151 berbalas 122, manakala 274 kaunter tidak berubah, 1,720 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 215.62 juta unit bernilai RM79.77 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup rendah pada urus niaga Jumaat berikutan kebimbangan akan kenaikan kadar walaupun Citigroup, Wells Fargo dan JP Morgan melaporkan keputusan kewangan yang lebih baik daripada jangkaan untuk suku pertama tahun ini.

“Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) kehilangan 143 mata manakala Nasdaq merosot 43 mata apabila hasil 10 tahun Perbendaharaan Amerika Syarikat ditutup lebih tinggi melebihi paras 3.51 peratus,” katanya kepada Bernama.

Di pasaran tempatan, beliau berpendapat minat belian akan terus mengalir ke saham-saham mewah, justeru, indeks diunjur berlegar dalam julat 1,435-1,445 hari ini.

Sementara itu, dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut tiga sen kepada RM8.68 dan Public Bank turun satu sen menjadi RM3.98, manakala Petronas Chemicals, CIMB dan Tenaga Nasional tidak berubah, masing-masing pada RM7.40, RM5.23 dan RM9.21.

Bagi saham aktif, Hong Seng dan Tanco menokok setengah sen untuk mencatatkan paras 14 sen dan 48 sen, Revenue Group naik dua sen kepada 42.5 sen, Malaysia Building Society Bhd menambah 2.5 sen kepada 63 sen dan Salutica meningkat 16 sen kepada RM1 .25.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menyusut 9.10 mata kepada 10,559.81, Indeks FBMT 100 kerugian 9.19 mata menjadi 10,237.57 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 7.80 mata kepada 10,935.04.

Indeks FBM ACE pula menguncup 5.98 mata pada 5,362.20 dan indeks FBM 70 susut 1.62 mata kepada 13,868.42.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.05 mata kepada 175.70, manakala Indeks Perladangan turun 8.15 mata kepada 6,842.98, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 5.95 mata kepada 15,728.25 dan Indek Tenaga lebih rendah 0.21 mata kepada 877.58.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIsaham mewahWall Street
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In