Yuran broker baharu bermula daripada RM1 – RM100.
KUALA LUMPUR,13 April 2023 – Rakuten Trade Sdn Bhd (Rakuten Trade), broker ekuiti digital sepenuhnya yang pertama Malaysia, telah mengumumkan keputusannya untuk membuat perubahan besar kepada kadar brokernya mulai 17 April 2023.
Kadar minimum akan diturunkan daripada RM7 kepada RM1dengan kadar maksimum dikekalkan pada RM100. Kadar baharu ini akan diguna pakai untuk semua pasaran yang ditawarkan di Rakuten Trade, iaitu Bursa Malaysia, NYSE/NASDAQ, dan Hong Kong Exchange (HKEX).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rakuten Trade, En. Kazumasa Mise, “Struktur harga baharu ini bertujuan menggalakkan penyertaan pelabur runcit dan menjadikan perkhidmatan broker ekuiti digital lebih mesra kepada rakyat. Pada Mei 2017, Rakuten Trade berjaya mengurangkan halangan penyertaan, dan tidak lama lagi, akan mencapai satu lagi mercu jaya dengan mengurangkan sekatan menjual beli saham. Dengan menjadikan pelaburan lebih termampu dan memberi peluang kepada lebih ramai lagi orang untuk melabur, pelaburan digital kini lebih mudah diaskses oleh pelabur yang ingin mengembangkan kekayaan mereka.”
Menyusuli pelancaran kemudahan perdagangan di HKEX baru-baru ini, Rakuten Trade juga akan mengubah suai program struktur ganjarannya. Ekosistem ganjaran pemenang anugerah ini memberi pelabur 1 mata Rakuten Trade (RT) bagi setiap RM1 yang dibelanjakan pada yuran broker. Ini akan memberikan pelabur cara yang lebih pantas untuk mendapatkan rebat yuran broker berbanding sebelumnya.
En. Mise berkata di Rakuten Trade, mereka ingin memperkasakan pelabur untuk membina kekayaan melalui diversifikasi portfolio. “Pelabur runcit kini semakin penting kepada banyak syarikat broker. Walaupun dengan pelbagai ketidakpastian baru-baru ini, keadaan ini tidak menghalang pelabur runcit daripada mengambil peluang untuk memasuki pasaran.
“Dalam tempoh 12 bulan lepas, kami telah mencatatkan jumlah pembukaan akaun baharu, hampir 2,000 sebulan dengan strategi perdagangan masih tidak berubah, dengan menggunakan titik pencetus sama bulan demi bulan. Ini menunjukkan kepada kami bahawa pelabur runcit tertarik dengan kemudahan dan capaian yang disediakan oleh platform perdagangan dalam talian. Bagi memenuhi keperluan pelabur runcit, kami akan turut menyediakan perdagangan pecahan saham bagi saham-saham AS menjelang akhir bulan.”
Sehingga 31 Mac 2023, Rakuten Trade telah mengaktifkan lebih daripada 260,000 akaun dan mengendalikan hampir RM115bilion dalam nilai perdagangan sejak hari pertama perniagaan. (Mei 2017). Aset pelanggan di bawah pentadbirannya berjumlah lebih RM3.7bilion.
Penafian: Maklumat ini bertujuan untuk pemberitahuan sahaja. Rakuten Trade bukan (belum) platform broker yang patuh syariah. Sama-sama kita tunggu jika Rakuten jadi platform patuh syariah.




