• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sejajar Prestasi Lemah Wall Street

in Market Update
A A
Morning Market Update
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini sejajar dengan prestasi lemah semalaman Wall Street.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.07 mata kepada 1,433.67 daripada penutupan semalam pada 1,434.74.

Indeks utama memulakan dagangan pada paras 1,433.87, turun 0.87 mata.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 123 berbanding 114, manakala 224 kaunter tidak berubah, 1,814 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 190.80 juta unit bernilai RM61.97 juta.

Semalam, Biro Statistik Buruh Amerika Syarikat (AS) melaporkan Indeks Harga Pengguna (IHP) AS susut kepada lima peratus tahun ke tahun pada bulan Mac daripada enam peratus pada Februari — di bawah jangkaan pasaran iaitu 5.2 peratus dan merupakan angka terendah yang dicatatkan sejak Mei 2021.

Bagaimanapun, CPI teras kekal melebihi kadar sasaran purata dua peratus tahunan Rizab Persekutuan AS.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikannya, walaupun data inflasi AS lebih perlahan daripada jangkaan, sentimen berhati-hati mungkin berterusan apabila minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS mencadangkan risiko kemelesetan yang meningkat dalam ekonomi AS.

“Pada masa yang sama, kami percaya aktiviti pengambilan untung selanjutnya dijangka muncul di pasaran serantau dan bursa tempatan,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank turun satu sen kepada RM4.01, Petronas Chemicals susut dua sen untuk mencatatkan harga RM7.37 dan Maybank tidak berubah pada RM8.70, manakala CIMB naik satu sen kepada RM5.25 dan Tenaga Nasional menokok empat sen kepada RM9.05.

Bagi saham aktif, MN Holdings turun setengah sen kepada 33.5 sen, Hong Seng dan Revenue Group tidak berubah, masing-masing pada 13 sen dan 33 sen, manakala Salutica naik 5.5 sen kepada 82 sen dan Jade Marvel meningkat satu sen kepada 31 sen .

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 2.97 mata kepada 10,552.99, Indeks FBMT 100 kerugian 3.37 mata kepada 10,231.21 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 6.29 mata kepada 10,896.68.

Sementara itu, Indeks FBM ACE mengembang 18.0 mata pada 5,326.90 dan indeks FBM 70 meningkat 13.08 mata kepada 13,827.95.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 9.88 mata kepada 15,794.80, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menyusut 0.46 mata kepada 174.75 manakala Indeks Tenaga meningkat 5.76 mata kepada 888.32 dan Indeks Perladangan mengembang 2.85 mata kepada  6,860.82.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIIHPMalacca Securities
Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In