• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Tengah Hari Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Rendah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) — Bursa Malaysia bergerak rendah pada sesi dagangan tengah hari berikutan tekanan jualan yang berterusan walaupun kebanyakan bursa serantau mempamerkan prestasi memberangsangkan.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.67 mata kepada 1,433.22 daripada penutupan semalam pada 1,435.89.

Bagaimanapun, indeks utama dibuka 1.13 mata lebih tinggi pada 1,437.02 pagi ini dan diniagakan antara 1,429.0 dan 1,437.08 semasa sesi dagangan berkenaan.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 428 berbalas 295 manakala 389 kaunter tidak berubah, 1,151 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 1.63 bilion unit bernilai RM803.26 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikannya, prestasi menurun semalaman Nasdaq mungkin turut menjejaskan sektor teknologi tempatan.

“Pelabur dijangka mendapatkan sektor defensif seperti keperluan pengguna, utiliti dan telekomunikasi,” katanya.

Namun begitu, ia berkata momentum dagangan mungkin kekal kukuh dalam sektor tenaga, memandangkan harga minyak mentah yang berdaya tahan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut tiga sen kepada RM8.70, Tenaga Nasional turun lapan sen menjadi RM9.05 dan CIMB tidak berubah pada RM5.22 manakala Public Bank naik satu sen kepada RM4 dan Petronas Chemicals meningkat dua sen kepada RM7.40 .

Bagi saham aktif, Tanco turun setengah sen menjadi 46.5 sen, Jade Marvel susut satu sen kepada 30 sen dan Careplus lemah dua sen untuk mencatatkan paras 33 sen, manakala Salutica menambah lima sen kepada 76.5 sen dan Bumi Armada meningkat dua sen kepada 70 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 15.57 mata kepada 10,539.22, Indeks FBMT 100 kerugian 15.68 mata menjadi 10,219.80 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 25.87 mata kepada 10,886.06.

Sementara itu, Indeks FBM ACE lemah 9.09 mata kepada 5,337.24 dan indeks FBM 70 berkurangan 7.22 mata kepada 13,778.54.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 2.32 mata kepada 15,781.35, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menyusut 0.16 mata kepada 175.12 dan Indeks Perladangan lemah 8.48 mata kepada 6,832.05 manakala Indeks Tenaga meningkat 4.76 mata kepada 877.58.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIMalacca Securitiestengah hari
Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In