• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Kekal Teguh Menghadapi Tempoh Yang Mencabar

in Catalyst
A A
Top Glove Harap Lanjutan Insentif Hijau, Cukai Korporat Dikurangkan Dalam Bajet 2023
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Shah Alam, Khamis, 16 Mac 2023 Top Glove Corporation Bhd atau “Top Glove” hari ini  mengumumkan keputusan kewangannya bagi Suku Kedua berakhir pada 28 Februari 2023 (2STK2023), gigih mengharungi persekitaran yang mencabar dan mengekalkan pandangan jangka  panjang yang positif. 

Bagi 2STK2023, keputusan Kumpulan sebahagian besarnya mendatar berbanding 1STK2023, dengan Pendapatan Jualan berjumlah RM618 juta, dan Kerugian Selepas Cukai berjumlah RM155 juta, manakala Volum Jualan (Kuantiti Dijual) menunjukkan penambahbaikan berbanding dengan suku  tahunan yang lepas. 

Bagi separuh pertama Tahun Kewangan 2023, Pendapatan Jualan berjumlah RM1.25 bilion, sementara  Kerugian Selepas Cukai adalah RM313 juta.  

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Prestasi kewangan Kumpulan terus terjejas oleh angin sakal yang membebankan industri sarung  tangan. Aktiviti menyahstock berterusan, didorong inventori pelanggan yang berlebihan, menyebabkan  pesanan yang lebih rendah. Faktor lain yang memburukkan lagi keadaan ialah situasi lebihan bekalan  sarung tangan yang berterusan, digabungkan dengan kekurangan pendesakan bagi pelanggan untuk  membuat pesanan, memandangkan masa penghantaran yang lebih singkat timbul daripada penggunaan  pengeluaran yang lebih rendah. Tambahan pula, peningkatan kos pengeluaran yang tidak dapat dikongsikan dengan pelanggan disebabkan oleh harga jualan (ASP) yang masih dinomalisasikan juga  menyumbang kepada keputusan kewangan yang kurang memberangsangkan. 

Kumpulan perhatikan bahawa inventori pelanggan makin menghampiri tahap kenormalan. Walaubagaimanapun, meskipun jualan telah pun turut meningkat, tidak semua pesanan yang diterima  akan dapat dilaksanakan disebabkan oleh harga jualan yang lebih rendah. Memandangkan industri sarung tangan sedang menghadapi kerugian ditambahkan dengan peningkatan kos, industri telah mula  menaikkan harga jualannya dari Februari 2023, yang merupakan langkah yang diperlu diambil ke arah  pemulihan dan kelestarian industri. 

Encik Lim Cheong Guan, Pengarah Urusan Top Glove berpandangan bahawa, “Industri sarung tangan  telah mengalami tempoh yang amat mencabar sejak tahun lalu. Disebabkan pelbagai cabaran dalam  bentuk pengimbangan semula permintaan dan bekalan, ditambah dengan ASP yang rendah dan  peningkatan kos, keputusan kewangan yang disampaikan tidak akan mewakili potensi sebenar syarikat  mahupun industri tersebut. Namun begitu, ini hanya merupakan fasa sementara yang perlu kami harungi  selepas peningkatan mendadak permintaan sarung tangan yang didorong pandemic selama 2 tahun.” 

“Untuk mengurangkan kesan angin sakal yang dihadapi, kami terus melaksanakan inisiatif peningkatan  kecekapan dan mengambil langkah penjimatan yang bertujuan untuk memacu pemulihan dan  meningkatkan keuntungan kami, sementara meningkatkan ASP untuk mengimbangi peningkatan kos”,  sambung Encik Lim. 

Landskap perniagaan yang mencabar dan berdaya saing dijangka kekal sepanjang tahun 2023. Walau  bagaimanapun, Kumpulan terus mengamalkan pandangan jangka panjang tentang prospek industri, yang masih kekal positif. 

Encik Lim menegaskan, “Kami tidak berada di bawah ilusi dan kekal sedar bahawa pasaran akan terus  mengimbangi dalam tempoh terdekat. Namun begitu, kami percaya bahawa pemulihan industri sarung  tangan akan berlaku kelak kerana asasnya masih kekal kukuh dan tidak berubah.” 

“Kami percaya bahawa keputusan kami bakal mencerminkan potensi industri sarung tangan di masa  depan. Sementara itu, kami terus komited untuk memastikan kesejahteraan kakitangan dan perniagaan  kami, sambil menyampaikan nilai kepada pihak berkepentingan kami”, simpul Encik Lim. 

Kesimpulan maklumat:

Pada 16 Mac 2023
Bilangan Kilang 50 buah kilang
(43 di Malaysia, 5 di Thailand, 1 di China dan 1 di Vietnam) terdiri daripada:
• 37 kilang sarung tangan 
• 2 loji lateks pekat
• 3 kilang kimia 
• 1 kilang acuan sarung tangan 
• 2 kilang bahan pembungkusan 
• 1 kilang empangan pergigian 
• 1 kilang kondom 
• 1 kilang topeng muka 
• 1 kilang pensterilan gamma 
• 1 kilang kit ujian pantas
Bilangan Pejabat Pemasaran 7 (Malaysia, Amerika Syarikat, Jerman, Brazil, China, Thailand dan Vietnam)
Jumlah Barisan Pengeluaran Sarung  Tangan812
Kapasiti Pengeluaran Sarung Tangan 100 bilion helai setahun
Bilangan Pekerja 13,000
Tags: topglove
Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In