• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Disebabkan Kegiatan Pengambilan Untung

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) — Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini apabila aktiviti pengambilan untung ke atas saham-saham mewah muncul selepas bursa tempatan mencatatkan peningkatan semalam.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.86 mata kepada 1,417.49 daripada penutup semalam pada  paras 1,420.35.

Indeks utama dibuka 2.54 mata lebih rendah pada 1,417.81.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran bagaimanapun positif menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 188 berbanding 104, manakala 203 kaunter tidak berubah, 1,796 tidak diniagakan dan 75 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 200.86 juta unit bernilai RM76.42 juta.

Naib Pesiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata di Wall Street semalaman, Dow Jones dan S&P 500 masing-masing meningkat 323 mata dan 56 mata apabila kebimbangan terhadap sektor perbankan semakin mereda.

Selain itu, terdapat jangkaan bahawa Rizab Persekutuan akan menghentikan kenaikan kadarnya pada Mei manakala laporan pendapatan AS turut memberangsangkan.

Komposit Nasdaq melonjak 210 mata manakala hasil 10 tahun AS kekal pada 3.57 peratus.

“Seiring dengan sentimen yang semakin baik, kami berpendapat aliran meningkat yang berterusan di bursa tempatan semalam kekal dan mengunjurkan indeks berlegar dalam julat 1,420-1,435 hari ini.

“Minat belian juga akan kembali ke kaunter perladangan apabila minyak sawit mentah ditutup pada paras tertinggi seminggu melepasi paras  RM3,700 setiap tan,” kata Thong.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Tenaga Nasional dan AMMB turun dua sen masing-masing kepada RM9.12 dan RM3.71.

Maxis, CelcomDigi, CIMB dan Telekom Malaysia juga merosot  tiga sen kepada RM4.00, RM4.25, RM5.28 dan RM4.92.

Bagi saham aktif, Bintai Kinden kerugian dua sen kepada empat sen, YBS International menambah 4.5 sen kepada 74.5 sen, Tanco naik setengah sen menjadi 45.5 sen manakala Joe Holdings tidak berubah pada 1.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas lemah 3.59 mata kepada 10,384.43, Indeks FBMT 100 turun 6.76 mata menjadi 10,076.61 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 6.00 mata kepada 10,693.08.

Indeks FBM 70 pula mengukuh 46.99 mata pada 13,457.30 manakala Indeks FBM ACE meningkat  28.77 mata kepada 5,238.73.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 9.41 mata kepada 15,679.77, manakala Indeks Tenaga menokok 1.32 mata menjadi 833.57, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.93 mata kepada 169.70 dan Indeks Perladangan pulih 3.14 mata kepada 6,683.71.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIkadar faedahWall Street
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In