• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Dagangan Bursa Meningkat Pada Sesi Awal Urus Niaga, Sentimen Bertambah Baik

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal dagangan pagi Rabu apabila pelabur terus membeli saham-saham berkaitan tenaga, produk dan perkhidmatan perindustrian serta perbankan.

Harga minyak yang kembali melantun selain kebimbangan terhadap krisis perbankan di Amerika Syarikat dan Eropah yang kian mereda menyumbang kepada sentimen yang lebih baik di pasaran tempatan.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.4 mata kepada 1,413.49 daripada 1,409.09 semalam selepas dibuka rendah pada paras 1,407.48, turun 1.61 mata.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran juga positif menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 151 berbalas 100, manakala 196 kaunter tidak berubah, 1,844 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 117.52 juta unit bernilai RM46.82 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI akhirnya mencecah paras 1,400 disokong oleh belian berasaskan luas yang kukuh membabitkan saham-saham mewah.

“Kami turut berpendapat minat akan tertumpu kepada saham perbankan yang telah menyaksikan aktiviti jualan sejak akhir-akhir ini selain saham minyak dan gas kerana harga minyak mentah terus meningkat ekoran inventori yang lebih rendah. Minyak mentah Brent kini bergerak ke aras US$80 setong, ” katanya.

Selain itu, komitmen China untuk terus membuka ekonominya kepada pelabur asing juga bersedia untuk meningkatkan sentimen di dalam negara.

Sementara itu, Press Metal terus mendahului saham wajaran tinggi, meningkat 11 sen kepada RM4.94 manakala IHH menambah sembilan sen kepada RM5.84 dan CIMB naik enam sen menjadi RM5.27.

Maybank, CelcomDigi, IOI dan AMMB masing-masing menokok tiga sen untuk mencatatkan harga RM8.54 , RM4.32, RM3.76 dan RM3.66.

Antara saham aktif, Hong Seng Consolidated, Dataprep dan Mestron masing-masing susut setengah sen kepada 11 sen, 18.5 sen dan 39.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 25.73 mata kepada 10,327.64, Indeks FBMT 100 meningkat 25.38 mata menjadi 10,026.21 dan Indeks FBM Emas Syariah memperoleh 20.44 mata kepada 10,639.73.

Indeks FBM 70 meningkat 9.68 mata kepada 13,299.22 tetapi Indeks FBM ACE turun 23.38 mata kepada 5,182.13.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 48.78 mata kepada 15,609.17, Indeks Tenaga menambah 4.90 mata menjadi 818.33, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian mengembang 0.70 mata kepada 168.70 manakala Indeks Perladangan susut 29.08 mata kepada 6,685.66.

— BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In