Kita perlu ingat kesilapan yang lalu supaya kita tidak mengulangi kesilapan itu. Contohnya, kita membeli saham syarikat pada harga tinggi di puncak seperti Sapura Energy pada harga RM5 sesaham dan kita tidak menjualkannya sehingga ke hari ini dengan harapan harganya akan naik semula satu hari nanti.

Secara keseluruhannya, saham syarikat SAPNRG berada dalam keadaan downtrend bermula pada tahun 2014 sehingga ke hari ini.
Kita perlu tahu bahawa saham sebuah syarikat sangat dipengaruhi oleh konsep ‘where the money flows’, di mana harga saham syarikat yang menjadi tumpuan para pelabur dan pedagang sahaja yang akan mengalami kenaikan harga.
Saham syarikat yang turun bertahun-tahun seperti ini bukannya tiada harapan untuk naik semula, tapi persoalannya adalah bila perkara itu akan berlaku?
Saya selalu ulang, sentimen semasa memainkan peranan penting dalam menentukan naik turunnya harga saham sesebuah syarikat. Seperti contoh, saham syarikat Air Asia, di mana semenjak pandemik berlaku, harga saham syarikat ini terus-menerus mengalami kejatuhan.
Saya tidak menyarankan anda semua untuk membeli saham syarikat tersebut kerana sentimen semasa pada ketika ini belum menyebelahi Air Asia. Kita juga tidak tahu sampai bila pandemik Covid-19 ini akan berakhir, dan sangat merisaukan sekiranya anda membeli saham syarikat seperti ini kerana harganya boleh terus-menerus jatuh ke bawah lagi!

Di sini kita dapat melihat bahawa keadaan seperti ini sangat dipengaruhi oleh konsep ‘supply and demand’, di mana dengan tiada permintaan untuk perkhidmatan penerbangan, maka jumlah perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat tidak sebanyak seperti sebelum ini. Perniagaan syarikat terjejas teruk, pendapatan syarikat merudum, keuntungan syarikat merudum, dan kerugian yang dicatatkan semakin besar. Sehinggakan ramai pekerja terpaksa dibuang kerja bagi mengurangkan kos operasi syarikat.
Begitu juga halnya dengan saham syarikat-syarikat yang berkaitan dengan minyak dan gas.Disebabkan tiada permintaan yang banyak akibat daripada batasan pergerakan dunia, maka harga saham syarikat juga jatuh. Permintaan menurun, pendapatan menurun, keuntungan menurun, saham syarikat pun secara lumrahnya akan menurun.
Memang kita sedia maklum bahawa harga saham syarikat ini akan naik semula suatu hari nanti, namun persoalannya adalah bila? Dan mampukah kita tunggu sehingga keadaan pulih seperti sediakala? Atau nak cari peluang lain?
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.
Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM




![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)