• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Didorong Prestasi Positif Semalaman Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) — Prestasi positif semalaman di Wall Street membantu melonjakkan dagangan Bursa Malaysia pada sesi pembukaan urus niaga pagi ini.

Pada 9.09 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 6.06 mata kepada 1,402.66 berbanding 1,396.60 penutup Isnin.

Indeks utama dibuka 5.00 mata lebih tinggi pada 1,401.60.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran juga positif menyaksikan kaunter untung mendahului kaunter rugi 157 berbalas 110, manakala 235 kaunter tidak berubah, 1,794 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 217.86 juta unit bernilai RM77.62 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata usaha oleh pihak berkuasa AS menyelamatkan bank-bank bermasalah telah menyumbang kepada sentimen yang lebih baik.

Sehubungan itu, Dow Jones melonjak 194 mata manakala S&P 500 memperoleh 6.0 mata.

Bagaimanapun, Nasdaq merosot 55 mata kerana kadar faedah yang lebih tinggi akan menjejaskan pertumbuhan syarikat teknologi dengan hasil 10 tahun AS meningkat kepada 3.54 peratus.

”Di dalam negara, kami menjangkakan kemunculan kegiatan memburu saham murah dalam masa terdekat walaupun sentimen keseluruhan kekal berhati-hati , justeru, indeks diunjur bergerak dalam julat 1,400-1,410 hari ini,” katanya.

Thong turut berpendapat minat pelabur akan kembali kepada saham minyak dan gas, disokong oleh harga minyak mentah Brent yang lebih tinggi melebihi US$78 setong.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa Malaysia, bank-bank dilihat menarik perhatian pelabur dengan Public Bank dan CIMB, masing-masing meningkat tiga sen untuk mencatatkan harga RM3.92 dan RM5.19.

Press Metal menokok enam sen kepada RM4.75, Hong Leong Bank peroleh 20 sen kepada RM20.18 dan Petronas Chemicals meraih lima sen kepada RM6.87.

Antara saham aktif pula – Hong Seng Consolidated susut setengah sen menjadi 12 sen, Jade Marvel meningkat setengah sen kepada 30.5 sen, VisDynamics turun 17 sen kepada 74 sen dan Zen Tech tidak berubah pada dua sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 32.91 mata kepada 10,266.93, Indeks FBMT 100 menambah 33.92 mata menjadi 9,964.33 manakala Indeks FBM Emas Syariah mengembang  22.60 mata kepada 10,590.08.

Indeks FBM 70 memperoleh 7.48 mata kepada 13,279.12 dan Indeks FBM ACE meningkat 27.09 mata kepada 5,244.04.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 74.02 mata kepada 15,496.52, Indeks Tenaga meningkat 14.23 mata kepada 807.18 dan Indeks Perladangan memperoleh 23.22 mata menjadi 6,679.94.

Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.81 mata kepada 166.77.

— BERNAMA

Tags: bank ASBursa MalaysiaFBM KLCIThong Pak Leng
Share227ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In