• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Melantun Semula Didorong Kegiatan Memburu Saham Murah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini, Dagangan Wall Street Turut Lemah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) — Aktiviti memburu saham berharga murah melonjakkan Bursa Malaysia pagi ini seiring dengan prestasi Wall Street, didorong oleh pemulihan semula dalam kalangan saham perbankan selepas pihak berkuasa meyakinkan pasaran tentang kestabilan kewangan.

Pada 9.09 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 3.2 mata kepada 1,402.90 berbanding 1,399.70 pada penutupan urus niaga Jumaat lepas.

Pasaran memulakan dagangan pagi ini pada paras 1,400.95, meningkat 1.25 mata.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 158 berbalas 138, manakala 225 kaunter tidak berubah, 1,751 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 238.62 juta unit bernilai RM84.59 bilion.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, minat belian semula di Wall Street menunjukkan keyakinan pelabur yang boleh merebak ke bursa tempatan.

Firma pembrokeran itu menambah keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) dan kadar keluaran dalam negara kasar suku keempat 2022 dijangka menjadi tumpuan minggu ini.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran AS disokong oleh momentum belian dalam teknologi permodalan besar dan sektor lain, yang membantu menaikkan semua indeks utama ke zon positif.

Bagaimanapun, beliau berkata penjualan saham Deutsche Bank mempunyai kesan negatif terhadap sentimen pasaran.

Namun begitu, Thong percaya krisis perbankan di AS dan Eropah memberi impak yang sangat kecil kepada Malaysia kerana sistem perbankan domestik dan risiko kualiti aset diurus dengan amat baik.

“Indeks penanda aras tempatan masih dalam kedudukan terlebih jual, justeru kami menjangkakan FBM KLCI akan berada dalam aliran antara 1,400-1,410 untuk hari ini,’’ katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa Malaysia –  Genting Malaysia menokok sembilan sen kepada RM2.64, Genting Bhd naik 10 sen menjadi RM4.60 dan Petronas Gas menambah 18 sen kepada RM16.30, manakala Maxis dan Press Metal naik empat sen, masing-masing mencatatkan harga RM4.02 dan RM4.71.

Bagi saham aktif, Hong Seng Consolidated dan AT Systematization tidak berubah, masing-masing pada 12.5 sen dan satu sen sementara Jade Marvel meningkat satu sen kepada 30.5 sen dan Tanco menambah setengah sen menjadi 46.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas memperoleh 20.12 mata kepada 10,278.30, Indeks FBMT 100 menambah 19.55 mata kepada 9,971.38 dan Indeks FBM 70 menokok 12.79 mata kepada 13,310.51.

Indeks FBM Emas Syariah naik 11.71 mata menjadi 10,610.92 manakala Indeks FBM ACE turun 4.74 mata kepada 5,299.08.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 13.89 mata kepada 15,463.41, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.62 mata kepada 166.16 manakala Indeks Tenaga turun 1.81 mata menjadi 801.07 dan Indeks Perladangan berkurangan 7.54 mata kepada 6,706.39.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIKDNKKrisis PerbankanWall Street
Share220ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In