• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Rabu berikutan indeks utama meningkat sebanyak 0.34 peratus berikutan momentum pembelian yang sederhana di kaunter saham wajaran tinggi terpilih.

Pada 9.19 pagi, petunjuk pasaran FBM KLCI menambah 4.78 mata kepada 1,411.33 daripada 1,406.55 sewaktu ditutup pada Selasa, selepas dibuka meningkat 2.05 mata kepada 1408.60.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 280 berbanding 108, manakala 245 kaunter tidak berubah, 1,640 tidak diniagakan dan tujuh lain digantung dagangannya.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Jumlah dagangan sebanyak 415.84 juta unit bernilai RM169.29 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota hari ini berkata, pihaknya menjangkakan keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) pada malam ini akan menjadi tumpuan utama dan pelabur akan kekal berhati-hati menjelang akhir mesyuarat tersebut memandangkan kenaikan kadar yang agresif daripada Fed diramal menjejaskan lagi sentimen pelabur.

Firma pembrokeran itu berkata kenaikan di Wall Street mungkin menawarkan sokongan kepada sektor teknologi tempatan, manakala sektor perbankan mungkin terus mendapat perhatian di tengah-tengah kebimbangan yang reda terhadap krisis perbankan di AS.

“Pelabur mungkin turut memihak kepada sektor tenaga berikutan peningkatan harga minyak mentah,” katanya.

Sementara itu, saham wajaran tinggi Bursa seperti Maybank naik empat sen kepada RM8.44, Public Bank menokok dua sen kepada RM4.01, CIMB meningkat lima sen kepada RM5.24, Petronas Chemicals tidak berubah pada RM6.82 dan IHH Healthcare merosot tiga sen kepada RM5.85.

Bagi saham aktif, Green Packet dan Tanco masing-masing menambah satu sen kepada 5.5 sen dan 47 sen,Top Glove naik setengah sen kepada 96.5 sen, Hong Seng Consolidated tidak berubah pada 13.5 sen dan Bintai Kinden turun setengah sen kepada 7.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 40.17 mata kepada 10,330.95, Indeks FBMT 100 mengukuh 8.35 mata kepada 0,025.68, dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 39.59 mata kepada 10,657.87. 

Indeks FBM 70 turut menambah 69.49 mata kepada 13,359.94 dan Indeks FBM ACE meraih 47.54 mata kepada 5,308.59.  

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok  49.77 mata kepada 15,583.85, Indeks Perladangan naik 7.03 mata kepada 6,759.35, Indeks Tenaga menambah 9.59 mata kepada 804.82 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.78 mata kepada 167.79.   

— BERNAMA 

Tags: bukaBursa MalaysiaMalacca SecuritiesWall Street
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In