• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

 Saham-Saham Jatuh Teruk Selepas Earnings Season 

in Saham
A A
 Saham-Saham Jatuh Teruk Selepas Earnings Season 
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Apa Itu Earnings Season?

Earnings Season adalah waktu di mana kebanyakan syarikat tersenarai melaporkan pendapatan suku tahunan atau pendapatan tahunan. Setiap kali earnings season tiba, pasaran biasanya menjadi lebih volatile yang bermaksud harga saham mudah naik dan turun.

Pelabur yang berpengalaman sudah tentu mengambil langkah berhati-hati setiap kali menjelang Earnings Season.

Hal ini kerana, prestasi syarikat akan memberi impak terhadap harga saham. Reaksi pelabur terhadap pasaran bergantung kepada prestasi syarikat sama ada syarikat tersebut melaporkan prestasi yang positif ataupun sebaliknya. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Baca: Kenapa Anda Kena Peka Dengan Earnings Season?

Earnings Season terbaharu ini menyaksikan banyak syarikat merekodkan kerugian dan pasaran saham bertindak balas terhadap prestasi kewangan syarikat tersenarai Bursa Malaysia.

Saham-Saham Jatuh Teruk Selepas Earnings Season

1. Velesto Energy Berhad

Modal pasaran Velesto Energy Berhad kehilangan sebanyak RM697 juta setelah harga sahamnya susut daripada RM0.275 kepada RM0.190. Saham Velesto merupakan saham paling aktif di Bursa Malaysia pada 28 Februari 2023, dengan 581 juta saham bertukar tangan.

Sumber: malaysiastock.biz

Bagi tahun kewangan yang berakhir pada tahun 2022, pendapatan Velesto adalah sebanyak RM581 juta namun gagal mencatatkan keuntungan bersih sebaliknya rugi sebesar RM100 juta.

Pendapatan syarikat meningkat kepada RM243.07 juta bagi suku keempat 2022, 53% lebih tinggi berbanding RM158.47 juta yang direkodkan bagi suku keempat 2021, dipacu oleh penggunaan pelantar jack-up drilling yang lebih tinggi. 

Kos kewangan meningkat kepada RM10.4 juta daripada RM8.52 juta, bagi suku keempat 2022. Selain itu cukai turut meningkat kepada RM15.21 juta berbanding RM696,000 sebelumnya. 


Walaubagaimanapun, kos operasi suku keempat 2022 adalah RM244.35 juta dan kos operasi ini lebih tinggi daripada pendapatan syarikat iaitu hanya pada RM243.07 juta. Ini menyebabkan kerugian sebanyak RM1.11 juta daripada operasi syarikat sahaja. 

Sumber: TradingView

Kerugian besar tersebut telah menyebabkan ramai pelabur melepaskan pegangan masing-masing pada 28 Februari 2023. Candlestick berwarna merah yang dibulatkan dalam carta menunjukkan kejatuhan harga saham Velesto sehari selepas laporan suku keempat 2022 dikeluarkan pada 27 Februari 2023.

Ini secara tidak langsung turut merumuskan prestasi tahun 2022. Sebelum prestasi tahun kewangan dilaporkan, saham Velesto membuat uptrend yang sangat baik. Namun, penjualan panik terjadi setelah prestasi Velesto tidaklah seperti yang diharapkan.

Velesto mengalami kejatuhan 30.91% dalam tempoh 1 hari. Ada tak di kalangan anda yang tersangkut di puncak? 

Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research telah memberikan saranan “jual” serta menurunkan harga sasaran Velesto kepada RM0.21 berbanding RM0.29 sebelum ini.   

Sumber: The Edge Markets

2. Pharmaniaga Berhad

Saham kedua yang terkesan teruk daripada earnings season ialah Pharmaniaga Berhad. Syarikat dari sektor penjagaan kesihatan ini jatuh 38.64% pada 28 Februari 2023. Dalam tempoh 1 hari, saham Pharmaniaga telah susut sebanyak RM0.17.

Saham Pharmaniaga turut mengalami gap down sebaik sahaja pasaran dibuka pada jam 9 pagi. 

Sumber: TradingView

Pharmaniaga Berhad (PHARMA) merupakan kumpulan farmaseutikal yang terbesar di Malaysia dan telah tersenarai di papan utama Bursa Malaysia dengan singkatan nama PHARMA.

Syarikat ini merupakan peneraju utama dalam sektor farmaseutikal tempatan dan ianya sedang berkembang pesat di Malaysia dan luar negara.

Jika anda masih ingat, Pharmaniaga merupakan salah sebuah syarikat yang terlibat dalam pembotolan vaksin ketika pandemik. 

Pharmaniaga Bhd bersedia untuk membuat perubahan yang diperlukan kepada kilang sedia ada bagi membotolkan vaksin COVID-19 - Foto hiasan
Sumber: Berita Harian

Baca: Pharmaniaga Sedia Edar Vaksin, Perketat Aspek Keselamatan

Kenapa harga saham Pharmaniaga jatuh teruk?

Syarikat ini rugi sebanyak RM607.32 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2022. 

Sumber: malaysiastock.biz

Syarikat yang mempunyai masalah kewangan ini terus diletakkan di bawah kategori PN17. Perolehan tahunan merosot kepada RM3.51 bilion daripada RM4.82 bilion berikutan perminataan yang lebih rendah daripada kerajaan untuk pembelian vaksin Covid-19.

Baca: Pharmaniaga Diklasifikasi Sebagai PN17 – Bursa Securities

Cabaran yang dialami Pharmaniaga bagi tahun kewangan 2022 adalah disebabkan stok vaksin Covid-19 yang bergerak perlahan. Langkah yang diambil pihak Pharmaniaga adalah kumpulan syarikat sedang berbincang dengan pihak tempatan dan luar negara untuk membeli vaksin dalam inventorinya. 

Kesimpulannya, sebagai pelabur anda perlu ambil tahu dan peka terhadap tarikh syarikat bakal mengumumkan laporan kewangan. 

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCI
Share316ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In