• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Catat Dagangan Rendah Pada Sesi Pembukaan Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) —  Dagangan Bursa Malaysia terus tertekan apabila Wall Street ditutup lemah semalaman berikutan data ekonomi terkini yang menunjukkan keyakinan perniagaan yang masih suram.

Pada 9.18 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 5.82 mata kepada 1,448.37 daripada penutupan Selasa pada paras 1,454.19.

Namun begitu, indeks utama dibuka 0.19 mata lebih tinggi pada 1,454.38.

Pergerakan harga di pasaran kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 297 berbalas 168, manakala 245 kaunter tidak berubah, 1,493 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 413.70 juta unit bernilai RM144.17 juta.

Sementara di Amerika Syarikat (AS), Indeks Keyakinan Pengguna Lembaga Persidangan merosot sekali lagi pada Februari kepada 102.9 daripada 106.0 pada Januari, mendorong lebih banyak jangkaan terhadap langkah Rizab Persekutuan untuk menaikkan kadar faedah.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata ini keputusan data itu telah menyebabkan sesi dagangan tidak menentu dengan Purata Perindustrian Dow Jones semalaman kerugian 232 mata, manakala Nasdaq susut sebanyak 11 mata.

”Walaupun terdapat beberapa pengumpulan saham perbankan berikutan laporan pendapatan kukuh terkini, sentimen keseluruhan kekal hambar.

”Kami berpendapat bursa tempatan masih terperangkap dalam mod konsolidasi di tengah-tengah ketidaktentuan di AS, justeru menjangkakan indeks berlegar dalam julat 1,450-1,460 hari ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, IHH susut 10 sen kepada RM5.69, MISC lemah 15 sen kepada RM7.41, Press Metal turun tujuh sen menjadi RM5.09, Tenaga Nasional lebih rendah sebanyak 10 sen kepada RM9.27, dan IOI menguncup lapan sen kepada RM3.75.

Bagi saham aktif, Icon Offshore turun tiga sen kepada 9.0 sen, manakala Velesto dan Pharmaniaga berkurangan satu sen setiap satu menjadi 18 sen dan 26 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 41.28 mata kepada 10,537.85, Indeks FBMT 100 susut 40.95 mata menjadi 10,230.51 manakala Indeks FBM Emas Syariah lemah 64.27 mata kepada 10,733.40,

Indeks FBM 70 pula merosot 52.90 mata kepada 13,383.73 sementara Indeks ACE FBM peroleh 37.63 mata kepada 5,395.73.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan rendah sebanyak 19.76 mata kepada 16,175.07, Indeks Tenaga susut 5.51 mata menjadi 838.06, Indeks Perladangan berkurangan 31.83 mata kepada 6,734.81 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lemah 1.28 mata kepada 176.15.

— BERNAMA

Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In