Para pelabur pastinya ternanti-nantikan apakah IPO yang bakal diumumkan seterusnya.
Setakat 9 Februari 2023, sudah ada tujuh IPO bagi tahun 2023. Semua IPO ini disenaraikan pada bulan Januari 2023.
Satu IPO bagi Pasaran Utama dan enam IPO bagi Pasaran ACE.
Sumber: Bursa Malaysia
Memandangkan trend sejak kebelakangan ini adalah pelabur cenderung untuk melabur di dalam IPO kerana risikonya rendah tetapi peluang pulangannya pula tinggi.
Mana tidaknya, ada IPO yang berjaya naik sehingga paras Limit Up pada hari pertama. Betul ke?
Baca: Apa Itu Limit Up (Paras Tertinggi) Di Bursa Malaysia?
Limit Up adalah paras maksimum yang dibenarkan dalam masa sehari.
Untuk pengetahuan anda, Limit Up bagi IPO adalah berbeza dengan Limit UP bagi saham yang telah disenaraikan. Lihat gambar rajah di bawah.
Bagi IPO dengan harga di atas RM1.00, kenaikan tertinggi yang dibenarkan dalam tempoh satu hari ialah 400% manakala bagi IPO dengan harga di bawah RM1.00, kenaikan dibenarkan juga adalah 400% atau 30 sen, bergantung pada mana yang lebih tinggi.
Sebagai contoh, IPO ‘A’ ditawarkan pada harga RM0.20 sesaham. Berapakah paras harga yang perlu dicapai bagi IPO ‘A’ untuk ianya mencapai paras Limit Up?
Pengiraannya mudah, anda darab harga IPO dengan 400%. Contoh pengiraan adalah 400% x RM0.20 = RM0.80.
Kenaikan sebanyak RM0.80 diperlukan bagi IPO ‘A’ untuk mencapai Limit Up. Oleh itu, jika kita tambah RM0.20 dengan RM0.80, jumlahnya adalah RM1.00.
Sekiranya IPO ‘A’ disenaraikan pada hari pertama dan naik sehingga RM1.00, maka IPO tadi telah mencapai paras Limit Up.
Apabila harga tersebut telah sampai ke paras maksimum, tiada belian lagi dibenarkan melainkan ada penjual yang mahu menjual pegangan mereka.
Kenapa anda perlu tahu paras Limit Up IPO?
Dengan mengetahui paras Limit Up IPO, anda akan dapat membuat jangkaan berapakah harga yang anda hendak tetapkan untuk jual IPO tersebut.
IPO TT Vision Holdings Berhad
TT Vision Holdings Berhad mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 18 Januari 2023. Harga IPO TT Vision adalah RM0.34.
Sumber: Berita Harian
Harga pembukaan IPO TT Vision adalah RM1.49. Harga tertinggi yang berjaya dicapai pada hari tersebut adalah RM1.70 lalu menjadikannya antara IPO yang berjaya mencapai paras Limit Up walaupun buat seketika.
Bila dah cecah paras Limit Up sudah pasti ada yang mahu menjual pegangan saham mereka untuk mengambil keuntungan.
Pelabur yang berjaya mendapat IPO ketika permohonan mula menjual saham mereka sehingga TT Vision ditutup rendah dari harga buka iaitu ditutup pada harga RM1.28.
Walaubagaimanapun, harga penutup ini masih mampu memberikan pulangan yang sangat tinggi kepada pemegang TT Vision.
IPO TT Vision berjaya menarik minat ramai pelabur untuk memohon IPO ini ketika ia dibuka untuk permohonan.
Antara sebabnya adalah TT Vision dikategorikan di bawah sektor teknologi dan sub-sektor semikonduktor.
Sektor teknologi dilihat sektor yang paling hot setiap kali ada IPO baru.
Jika ada peluang sedemikian lagi, adakah anda akan turut serta memohon IPO? Harapnya anda tidak melepaskan peluang keemasan seperti ini di masa hadapan. Setakat ini, belum pernah dengar lagi IPO di Bursa Malaysia yang mengalami Limit Down.
Jom baca artikel Cara Nak Bersedia Awal Untuk IPO Seterusnya.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!




