• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Sunway Merosot Kepada RM676.69 Juta Pada Tahun Kewangan 2022

in Catalyst
A A
Untung Suku Kedua Sunway BHD Meningkat Susulan Prestasi Lebih Baik Segmen Perniagaan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Keuntungan bersih Sunway Bhd pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022 (tahun kewangan 2022) merosot kepada RM676.69 juta daripada RM2.66 bilion pada tahun lepas.

Perolehan, bagaimanapun, melonjak sebanyak 39.8 peratus kepada RM5.19 bilion daripada RM3.72 bilion sebelum ini, berikutan sumbangan yang tinggi daripada semua segmen perniagaan, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Pada suku keempat tahun kewangan 2022, keuntungan bersihnya susut kepada RM202.98 juta daripada RM2.45 bilion pada tahun lepas manakala perolehan meningkat kepada RM1.53 bilion daripada RM1.25 bilion sebelum ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Dalam kenyataan berasingan, Sunway berkata perolehan lebih tinggi itu berikutan sumbangan yang tinggi daripada semua segmen perniagaan kecuali segmen pembinaan dan lain-lain. 

Kumpulan itu telah mengisytiharkan dividen interim kedua satu peringkat sebanyak 3.5 sen sesaham dan skim pelaburan semula dividen (DRS) akan digunakan, apabila bahagian boleh pilih sebanyak dua sen sesaham yang dipegang boleh dipilih untuk dilaburkan semula dalam saham biasa baharu dan baki 1.50 sen sesaham yang dipegang akan dibayar secara tunai.

Butiran mengenai DRS, termasuk kelayakan dan tarikh pembayaran akan ditentukan dan diumumkan dalam masa terdekat, katanya.

Selain itu, kumpulan tersebut akan mengisytiharkan dividen keutamaan sebanyak 5.25 peratus setahun (berdasarkan harga terbitan RM1) setiap saham keutamaan boleh tukar tidak boleh tebus berhubung tempoh kewangan dari 1 Julai 2022 hingga 31 Dis 2022.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Chong Chang Choong berkata kumpulan mengekalkan momentum pertumbuhannya yang kukuh, disokong oleh pertumbuhan ekonomi domestik yang baik pada suku akhir tahun tersebut.

“Walaupun pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka sederhana pada 2023, kumpulan optimis secara berhati-hati bahawa ia dapat mengekalkan momentum pertumbuhannya pada masa depan.

“Kumpulan menjangka perniagaan riadah dan hiburan, hospitaliti dan penjagaan kesihatannya akan terus mendapat manfaat daripada aktiviti riadah dan hiburan ke dalam negeri dan pelancongan berkaitan perubatan yang semakin baik terutamanya dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa China yang akan meningkatkan lagi ketibaan pelancong,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Chong Chang ChoongDRSKeputusanSunwaytahun kewangan 2022
Share261ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In