• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sedikit, Prestasi Wall Street Turut Mengukuh

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi Wall Street yang lebih kukuh semalaman.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.90 mata kepada 1,458.55 daripada penutup Khamis pada 1,457.65

Indeks utama dibuka pada 1,458.66, mengukuh sedikit sebanyak 1.01 mata.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 162 berbanding 145, manakala 220 kaunter tidak berubah, 1,708 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 179.01 juta unit bernilai RM85.88 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangkakan kemunculan beberapa kegiatan memburu saham murah hari ini selepas berlakunya penjualan baru-baru ini selain mengunjurkan indeks penanda aras melonjak dalam julat antara 1,460-1,475.

“Minat belian mungkin kembali kepada saham telekomunikasi selepas penjualan yang kukuh semalam,” katanya.

Seorang lagi peniaga berkata peserta pasaran juga sedang menantikan pembentangan semula Belanjawan 2023 petang ini.

Sementara itu, saham wajaran tinggi Bursa – Maybank naik dua sen kepada RM8.71, Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing menambah satu sen kepada RM4.13 dan RM7.81.

Digi kekal pada RM4.27, manakala CIMB dan IHH Healthcare turun satu sen kepada RM5.46 dan RM5.88.

Bagi kaunter aktif, Hong Seng Consolidated dan Vinvest naik setengah sen setiap satu untuk mencatatkan harga 15.5 sen dan 23.5 sen, Dagang Nexchange meningkat 1.5 sen kepada 66 sen, Velesto naik 1.0 sen kepada 25 sen manakala MTAG  susut 16.5 sen kepada 44 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas megukuh 15.41 mata kepada 10,629.09, Indeks FBMT 100 menokok 14.34 mata kepada 10,300.80 dan Indeks FBM Emas Syariah mengembang 29.43 mata menjadi 10,961.15;

Indeks FBM ACE pula meraih 9.45 mata kepada 5,568.62 dan Indeks FBM 70 peroleh 53.01 mata kepada 13,468.69.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 5.41 mata kepada 6,811.77, Indeks Tenaga menambah 2.12 mata kepada 866.56, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.24 mata kepada 184.54, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 20.90 mata kepada 15,989.97

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIpembukaanRakuten TradeWall Street
Share222ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In