• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih Hap Seng Plantations Susut Enam Peratus Kepada RM210.31 Juta

in Catalyst
A A
Untung Bersih Suku Kedua Hap Seng Plantation Naik Kepada RM66.90 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) — Keuntungan bersih Hap Seng Plantations Holdings Bhd untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022 susut enam peratus kepada RM210.31 juta berbanding RM224.02 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama semasa tahun kewangan 2021. 

Bagaimanapun, hasil meningkat kepada RM814.55 juta daripada RM670.85 juta sebelum ini. 

Syarikat perladangan kelapa sawit itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia menjelaskan penurunan keuntungan bersih itu disebabkan oleh kos pengeluaran yang lebih tinggi berikutan kenaikan dalam kos baja, diesel serta gaji minimum.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Terdapat juga kerugian daripada pelarasan nilai saksama aset biologi sebanyak RM29.2 juta berbanding keuntungan RM23.8 juta pada tahun sebelumnya, dikurangkan oleh purata harga jualan yang lebih tinggi bagi semua produk sawit,” katanya. 

Untuk suku keempat berakhir 31 Dis 2022, keuntungan bersih Hap Seng turun kepada RM18.87 juta daripada RM94.31 juta yang disaksikan pada suku yang sama sebelumnya. 

Perolehan untuk suku keempat turut menyusut 21 peratus kepada RM143.55 juta berbanding RM194.82 juta, dipengaruhi oleh purata harga jualan semua produk sawit yang lebih rendah. 

Hap Seng ketika mengulas mengenai prospek tahun semasa berkata pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) Malaysia pada Januari 2023 adalah 14.7 peratus lebih rendah dari bulan ke bulan pada 1.38 juta tan, yang terendah dalam hampir setahun. 

“Eksport minyak sawit jatuh sebanyak 23 peratus kepada 1.14 juta tan selepas terjejas oleh penurunan penghantaran ke China dan India,” katanya. 

Menjelang akhir Januari 2023, inventori minyak sawit negara meningkat 3.3 peratus dari bulan ke bulan kepada 2.27 tan.

“Dengan jangkaan pengeluaran tandan buah segar (FFB) bermusim yang lebih rendah pada  suku pertama 2023 termasuk permintaan terpendam untuk bulan Ramadan yang akan datang, inventori minyak sawit Malaysia diramalkan merosot pada akhir suku pertama 2023,” katanya. 

Hap Seng berkata penganalisis industri perladangan menjangkakan harga MSM pada suku pertama 2023 berada antara RM3,500 hingga RM4,500 satu tan. 

Harga MSM dalam tempoh terdekat dijangka akan dipengaruhi oleh kebimbangan risiko bekalan global minyak sayuran dengan pengeluaran MSM bermusim yang lebih rendah menjelang suku pertama 2023 termasuk kejatuhan dalam pengeluaran kacang soya akibat kemarau di Argentina serta pengeluaran minyak biji bunga matahari yang terjejas akibat perang Rusia-Ukraine.

“Harga juga akan menerima kesan oleh pengetatan dasar eksport minyak sawit oleh Indonesia yang berkuat kuasa mulai 1 Jan 2023 selain apabila Indonesia menaikkan mandat biodiesel daripada B30 kepada B35 mulai 1 Feb lepas,” katanya.

Hap Seng berkata keputusannya bagi tahun kewangan 2023 dipengaruhi oleh pergerakan harga komoditi, kenaikan kos pengeluaran dan ketidaktentuan dalam ekonomi global.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaHap Seng PlantationsMSMPengeluaran
Share243ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In